Assalammualaikum and Good Morning,
Alhamdulillah, Day 1 di Krabi berjalan dengan Lancar. So, Kita proceed dengan aktiviti pada hari ke 2 pulak yer,.
Jom jalan-jalan cari breakfast pulak. heheheheh.. Nasib ade motor, so senang je nak berjalan mana.
Sebelum saya datang Krabi, saya ada buat survey2 dekat beberapa Blog dan mostly ramai yang cakap nak makan sarapan pagi yang halal agak jauh.
Yes, Nak cari makanan halal memang kena keluar sikit ke area Masjid yang semalam saya ceritakan pada blog Day 1.
Kawasan berhampiran masjid tu memang banyak kedai makan hala. Tinggal Pilih je nak yang mana,
Nasi Lemak Krabi.. Sambal dia sedap!Ohhh yeee.. Cik abam order Nasi Goreng Shrimp tapi tak sempat nak ambil gambar dah kena Ngap. huhuhuhuh..
Kebanyakan Restoren dekat sini bertemakan Buluh. Best jugak sekali sekala view macam nie.
Nak order air buah or rojak buah pun boleh taw.
So, pada yang nak cari sarapan pagi yang halal tanpa was-was. Boleh try dekat kedai nie yer. Senang je nak jumpa sebab kedai tepi jalan dan ade bendera. Nak order pun senang sebab dorang faham bahasa kita.
Perut Dah kenyang kita teruskan perjalanan agak jauh sikit kali nie.
Sebab tadi dekat kedai makan dah survey2 tempat nak cari souvenir yang murah.
So, kitaorang ikut je signboard "Fossil Krabi". Perjalanan lebih kurang 15-20min menaiki motor.
Tak payah lah gigih sangat nak jalan kaki yer sebab jauh! dan yang bestnya kitaorang laki bini jenis slumber jalan tanpa guna WAZE/ GPS. Asalkan minyak motor ada, kita ON je berjalan.,
hehehehe..
Waktu nie jam baru pukul 11.30pagi tapi terik dia macam pukul 1tgh hari. Prang pun tak berapa nak ramai time nie. Seronok Shopping Time Orang tak ramai sebenarnya. Tak Payah nk bersesak bagai.
Korang kalau nak tawar menawar dekat sini pun boleh. Makesure cari kedai yang dorang boleh faham bahasa kita jugak lah. Baru senang nak communicate. Macam saya, bab tawar menawar ke hape memang saya serahkan pada cik abam. Sebab dia memang pandai bab2 mcm gini.
Dekat sini dapatlah beli Baju dan souvenir untuk insan tersayang. Maka, saya pun dah tak larat nak berjalan terus ngajak cik abam balik hotel dan rehat.
On the way nak balik hotel tu, ada gerai2 halal. So, berhenti kejab beli Pancake.
Semalam dah try Pancake Banana Nutella. Kali ni kita try yang lain pulak yer.
Buah Potong pun ada taw. Sedap dan segar!.
Mangga Nutella Pancake sedap namanya! hehehehe..
Pancake dekat gerai ni sedap sikit dari yang semalam sebab roti dia ranggup2 gittew. Yang semalam macam tak beapa nak ranggup sangat. Dan harganya 50THB setiap satu.
Sampai je hotel, melantak Pancake + Green Tea. Lepastu terus siap2 nak pergi Ke Swimming POOL!
yeaaaaayyyy.. Best Giler Swimming Pool dia sebab takde orang lain guna. Hanya kitaorang berdua je.
So, dah jadi macam Private Pool Pulak. Hehehehehe...
Jengggg.. Jenggggg... Sebab Pool takde orang. So, akak ambil peluang ni untuk shoot Skin Care yang akak bawak untuk bercuti. Sangat senang dan simple je Skin Care akak waktu bercuti nie.
Yang Brush Purple tu adalah Skinvigorate Brush from Mary Kay yang mana waterproof. Jadi, boleh kena air dan tak berkarat pun. Yang ini adalah wajib akak bawak ke mana jua sebab akak takkan selesa cuci muka tanpa mengguna brush.
Sama macam kita gosok gigi, tapi guna jari je. Korang rasa selesa dan bersih tak gigi korang tu?
sama lah juga dengan Brush akak nie.
Selain dari itu, wajib akak bawak juga adalah Cleanser Melacep yang boom kebabommm! Sebab apa rasanya cuci muka tanpa pembersih kan? Macam basuh gigi tanpa ubat gigi, Boleh ke?
Next Item adalah Pelembap atau Moisturizing Intense Cream. Yang ini bagi mengekalkan kelembapan kulit akak. Al-Maklumlah, asyik berjemur je kan. kulit pun mesti ada burn jugak. So, Solution dia adalah maintain kelembapan kulit agar kulit tak terasa terbakar. Sama juga dngan cik abang akak tu. Sebab kulit dia jenis kering dan cepat mengelupas kalau dehydrate. So, memang wajib pakai pelembap.
Nahhhh.. Bukti Brush ni memang Waterproof. Boleh kena Air tapi tak berkarat!
Yang ini pulak set penjagaan Bibir akak. Almaklumlah cuaca panas macam nie, bibir akan cepat kering. So, rajinkan pakai scrub bibir dan juga Balm bibir agar kulot kering tertanggal dengan lembut tanpa meninggalkan luka. Yeaaaaaayyyy!
Next, CC cream yang mengadungi SPF 15. Hahah.. jangalah campur-campur yer. Sun Block untuk badan dengan muka. Dan yang penting sekali adalah Foundation dari Mary Kay ni. Langsung tak melekit di bawah matahri siap supply Vitamin E untuk muka lagi taw!
Seronok je gayanya cik abam kita kan relax2 dekat Pool yang hanya kitaorang berdua je.. Best sangatttt.. di tambah dengan kehijauan alam.
Nahhhh.. Iklan dekat dalam air pulak. hehehhehe.. Nasib Baik lah ade yang layankan akak nak bergambow.
Ini adalah salah satu keganasan suami pada isteri! Hahahahaha... Sila jangan tiru aksi ini yer..
Cuaca tengah panas masa nie, memang syiok sangat2 dapat berendam walaupun tak dapat nak ke pulau.
Dah kepenatan bermandi-manda dan perut berbunyi2. So, kita pun siap2 nak makan ler pulak.
Nyuuummmmssss...
EAHHHHH... Ade dinasour intai kita ambil gambar la.
Eahhhhh... ade siput gergasi pulak dekat Hotel nie.
Jommm.. rempit! oh ya.. dekat sini tak perlu ade lesen motor pun nak bawak cuma make sure ada passport dan korang sentiasa pakai helmet lah yer. Sebab takut ade roadblock. Yup! Roadblock dan dah ade kes orang malaysia kena tahan dan saman sebab tak pakai helmet.
So, pergi tempat orang, biarlah membawa haruman nama Malaysia jugak yer.
Jalan punya jalan, terjumpa lah Restoren Halal nie. So, kitaorang pun try jela.
Set Dinner .. 390 TBH untuk dua orang sekali dengan air. Agak murah juga sebenarnya.
Semalam dekat Bangboo dah try Tomyam Putih, so kali ni kita try tomyam merah pulak lah ye.
Nampak je merah tapi sebenarnya tak pedas pun.
Dah selesai makan, kita pi lah jalan2 di persisiran pantai Ao nang tu. Sambil2 menikmati waktu senja kan.
View dia cantik Ya Amat taw!
Waktu ni dah dekat Maghrib, tapi jam baru pukul 6.30petang waktu Thailand. Cantik dapat tengok matahri tenggelam.
Nahhhhh.. kita belanja sikit view waktu Maghrib yer.
Lepas berjalan dekat sini, kami pun teruskan niat berjalan di gerai-gerai tepi jalan Ao nang.
Niat di hati nak survey harga dan compare kan barangan yang terdapat di Fossil dan
Malamnya kita try Peanut Butter Pancake pulak yer.
Day 2
Breakfast - 310THB
Minyak Motor - 50THB
Green Tea - 20THB
Mangga Nutella Pancake - 50THB
Dinner - 390 THB
Pancake Peanut Butter Nutella - 50THB
Kebab- 50THB
Dah berjaye upload video kat utube dah? :)
ReplyDeletedahhhhh... kena pendekkan lagi video tu, baru boleh
Delete