Assalammualaikum and Good Moning :)
Fuhhhhhhh..Berhabuk betul rasanya blog nie. Banyak sangat aktiviti yang tak sempat nak update. Mana yang tertunggak dan terlepas tu nanti kita update yer. Entri ni biar kita update perkara yang Fresh dan baru je berlaku. Baru lah Syiooook Gittew :)
Krabi?? Siapa lah yang tak pernah dengar nama Krabi kan? Pejam celik, pejam Celik Tarikh yang saya book flight tiket ke Krabi telah pun Tiba. Saya book Flight pada Julai 2016 dan May 2017 barulah nak pergi :)
Flight kami pada hari ini adalah pukul 7.10pagi, Jadi kami buat keputusan untuk keluar rumah pada pukul 10malam dan parking kereta di Putrajaya Sentral.
Dari Bangi, kami beli makanan untuk kudap-kudapan dan sampai je Putrajaya Sentral dalam pukul 11malam. Last Train dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2adalah pukul 12.40am. So, U olls boleh rancang perjalanan agar tidak terlepas Train.
Setibanya Kami dia KLIA 2, kami terus ke kiosk 'Self Check-In' untuk check in Flight kami dan kemudiannya kami pun berjalan-jalan di KLIA 2. Since KLIA 2 nie ade banyak kemudahan seperti Hotel sama-sama yang mana mereka khaskan untuk pelancong yang ingin berehat tanpa terlepas Flight Ticket.
Kami Lepak Di Movie Lounge. Kat sini ramai pelancong yang mana lepak2 tengok movie, tidur dan juga layan handphone.
View dari tempat kami lepak. Jadi, kami masih boleh melihat dunia luar jugak.
Seronok Cik abam kita dapat layan movie free sebab dekat sini ada kemudahan WIFI. Sangat laju! So, korang boleh enjoy dan nak charge handphone dan lain2 pun ade taw. Everything is FOC (Free of Charge). Toilet pun dekat je.
Get Ready nak masuk Flight Pulak. Oh yeeee... Sedikit Info penting untuk Ibu Hamil. Bagi yang hamil di bawah 24minggu, anda perlu laporkan diri tentang kehamilan anda dan isi form. Form ini anda boleh tanya dekat crew yang bertugas masa anda nak masuk dalam flight.
Untuk yang atas 24minggu, surat kebenaran tentang kesihatan diri anda dari Doktor adalah amat di perlukan.
So, kebetulan masa ni saya tengah pregnant 21minggu, jadi saya hanya perlu laporkan diri dan isi form dari Air Asia Sahaja.
Ambil Gambow dulu dengan Kapal... Hehehehe... Laki kita pun terpaksa layankan jela. hehehehe..
Sebab kami jenis tak memilih seat, maka kami duduk sahaja pada seat yang telah di tetapkan. Still sebelah2 cuma jarak memisahkan kita,
Okay, perjalanan dari Malaysia ke Krabi adalah 1 Jam 25Minit. Jadi sebab flight kami awal pagi dan akak takut baby dalam perut Lapar. Akak pun Add On Set makanan dari AIR ASIA, thru online Manage My Booking sehari sebelum Flight Kami. Harga adalah RM 10 (makanan + minuman). Agak murah sebenarnya kalau compare dengan harga biasa.
Di sebabkan perjalanan kami singkat, maka hidangan Briyani cik abam tak sempat di hidangkan. Maka kami kena tapau sahaja lah. Sob.. Sobb... Baru berangan nak fengfeling makan dalam kapal.
Yeaaaaayyy.. Dah sampai Air Port Krabi, Kami kena naik Bus dari Kapal terbang ke Air Port.
Hahahahah.. Poyo je nak kena naik bus! sebabnya perjalanan kami tak sampai 5minit pun dekat dalam Bus. Semua orang macam tercenggang je kena naik bus. Hakikatnya dekat bebenor. Maybe salah satu Faktor keselamatan dekat sana. :)
Lepas dah keluar dari Bus, terus ke Imigration untuk pengesahan Passport dan masa dalam flight tadi ada form yang nak kena isi dan submit pada imigration. Make sure korang isi setiap sorang satu form taw kalau tak nanti kena bising je dengan imigration dorang nie.
Lpeas keluar dari Imigration ni, akan ada few kaunter yang bukak untuk hotel/ Sim Kad/Transportation dan lain-lain.
Jadi, untuk yang takde transport ke hotel macam kami nie, kami pun terus ke kaunter BUS untuk beli tiket ke AONANG. Harga tiket bas adalah 150THB/ perosn. Van 300TBH/ person. So, Pilihlah yang mana satu korang nak k?
Menuju ke Bus.
Inilah bas kami dari Airport ke Ao Nang.
Satu perkara yang bagus tentang Bas dekat Krabi ni, Dorang akan tanya kita stay dekat mana dan mereka hantar mengikut nama hotel yang kita akan tinggal nanti.
Perjalanan naik bus ke Ao Nang mengambil masa 30-45minit siap tertidur-tidur dekat dlam bas taw. Ada antaranya tak sedar dah sampai hotel mereka tapi nasib baik driver bus tu penyabar maka setiap kali sampai satu hotel ke hotel yang lain dia akan tanya dekat penumpang. Yang mana tertidur taadi akan di kejutkan. So, korang takdelah terlepas tempat tinggal ke ape kan.
Yeaaaaaayy... Dah sampai Di Ben's House, Ao Nang Krabi!
Hotel ni kami book melalui Agoda dan yang bestnya hotel ni sebab kami tengokk feedback semua positif. So, kami decide untuk book hotel ini termasuklah siap dapat diskaun 8% dari Digi.
Harga Hotel ini untuk 4hari 3 Malam adalah RM 177.86 (Including Tax)
LepasCheck in Kmai terus masuk bilik dan rehatkan dir. Almaklumlah, hampir seharian kami tak tidur sebab eksited sangat nak ke Krabi.
Pukul 5petang, Kami baru terjaga dari tidur dan kemudian dah terkejut sebab cuaca agak mendung-mendung macam nak malam dah. Krabi ini waktunya adalah sejam lambat dari Waktu Malaysia tapi cuacanya lebih kurang sahaja. Pukul 6 macam tu dah gelap macam nak masuk magrib.
Perkara yang best dekat Hotel Krabi sebab dekat kaunter check in, ada pelbagai risalah/ Flyer untuk pakej2 perjalanan. Sangat sesuai untuk mereka yang nak compare harga dan Survey2. Dan yang memudahkan kami adalah Tranportation! Sebab kami tak nak pakai tuk tuk dan sebaginya jadi kami sewa Motor. Motor kalau nak sewa pun boeh pilih nak yang mana, nanti receptionist akan arrangekan untuk kita.
Motor kami sewa untuk 2 hari = 400THB (48jam)
Hal motor dah settle! Jom Jalan- jalan cari makan pulak :)
Bangboo Halal Seafood! Banyak gak survey tengok blogger cakap tempat nie recommended. So, saya dengan suami pun try memandangkan ni yang kami senang nak jumpa dan nampak selesa!
Makanan sedap dan Sangaaaat Sedap tapi harga sangat pricy compare dekat kedai lain.
Pelayan sangat friendly which they can speak malay. Takdelah macam ayam dengan itik. hehehehe
Landmark ke Bangboo dekat dengan Masjid dan sekitar masjid ni ada gerai2 makan Halal dan juga pasar kecil untu souvenir,
Lepas dah makan, kami decide nak survey2 tempat untuk mengurut. Cik abam tu dari dulu lagi nak mencari tempat mengurut yang selamat. Sebab badan sakit2 tapi at last kami decide untuk balik hotel dulu pukul 9-10 mlm baru keluar cari tempat urut pulak.
Jeng.. Jeng---- Pukul 10 malam kami keluar dari Hotel tengok jalan Basah macam lepastu hujan tetiba terperasan ade Signboard massage dekat dengan Hotel kami. Niat nak usha harga sahaja.
Tapi bila dah sampai. Ramai giler orang dekat dalam duk Mani & Pedi, Urut dan lain2.
So, Let's Try!
Urut dekat sini sangat best dan lepas urut pun mereka hidangkan tea panas untuk buang angin katanya. Maka terjumpa pulak dengan Warga Malaysia.
Katanya ini kali ke-2 beliau ke sini dan tempat urut ini well recommended sebab servis mereka.
Bagi saya sendiri, servis mereka sangat baik sebab bila mereka tahu saya tengah pregnant, terus mereka beritahu mereka akan urut saya tapi dengan perlahan sahaja. Sebab kami suami isteri ambil pakej Foot Massage. Bila dah kata bahagian kaki faham2 jela kan. Especially untuk Ibu mengandung. Banyak urat yabg tak boleh nak main urut je. Boleh bahayakan diri sendiri dan Kandungan juga.
Dah selesai urut, kami jalan2 naik motor ke pekan Ao nang pula. Just lalu gittew sahaja.
So, dekat bawah ni saya list kan kos saya untuk hari pertama yer.
Day 1
Flight Ticket = RM 328 + RM 20 (meal)/ 2 pax
Bus = 150THB/ Person
Hotel = RM 177.86 (4hari 3malam)
Motor = 400THB (48jam)
Dinner = 813THB
Massage @ Massage Coner = 500THB
ERL (Putrajaya- KLIA 2) = RM 9.40/ Person
ERL (Putrajaya- KLIA 2) = RM 9.40/ Person
Nantikan Update dari saya untuk aktiviti Hari ke dua pulak yer.
SEE you Soon!
woww! rajin update.. hihihi
ReplyDeleteTengah belajar merajinkan diri kak.. Hopefully lepas nie lagi rajin ler..
Delete