Assalammualaikum and Good Morning...
Sekejab je masa berlalu kan? cuti pun dah nak habis :(
Hari ni dah hari ke 3 di Krabi.
Jommm breakfast dulu.
Jadi, Hari ke 3 ni kami pun decide nak naik motor dan tengok kedai makan halal yang best. Since semalam masa ronda2 ada ternampak kedai makan yang ramai orang.
Jadi, hari ni kami decide untuk cuba di sini pulak.
Nasi lemak tetap menjadi pujaan hatiku.. :)
Nasi briyani Krabi dan Ayam Goreng panas2.
Kedai ni ada pelbagai aneka juadah lagi taw. Termasuklah roti canai. Jadi, sesiapa yang macam tak tahu nak makan ape. Bolehlah datang ke sini. Dekat je dengan Masjid Ao nang. Makanan jugak ada variety compare dengan kedai kami breakfast semalam.
Harga pun ok jugak.
Perut dah kenyang, kita sambung jalan2 dekat Pantai Ao nang. Since, semalam kita sempat bergambar waktu senja sahaja. So, kali ni kita bergambar waktu pagi pulak yer.
Nak bergambor, acah-acah sweet gittew lah konon. hahahahah...
Dah Puas bergambar di persisiran pantai Krabi. Jadilah kan sebab akak di larang keras untuk menaiki boat bagi aktiviti-aktiviti air. Tak kisah lah Speed Boat atau Long Tail boat kedua-duanya di larang sama sekali bagi ibu mengandung.
So, ade peluang untuk datang lagi bertiga pulak lah kan? heheheheh...
Next Destination Kami, Makro!!! Hahahahahah... tidak ler..
kami nak pergi tempat semalam yang kami dah pergi.. hehehehe
Okay... dah sampai!!!! yeayyyyy... Ini lah tempat Fossil yang semalam kita cakap tu.
Sebab cik abam ade ternampak maju yang menarik dan juga baru terfiir nak beli buah tangan untuk insan lain. So, Hari ini ke sini lagilah kita. Nak membeli dekat Aonang tu mahal berganda pulak rasanya. Kalau beli satu, berganda.. kalau beli dua atau tiga lagilah tak tahu macam mana nak kira kan.
Cik Abam dah grap apa2 yang patut dan saya sendiri pun rasa penat dah. Al maklumlah dah masuk 5bulan pregnant ni memang badan akan terasa penat. Kalau boleh, memang nak memerap dalam bilik je.
Tapi apa maknanya cuti kalau duduk di dalam bilik je kan?
So, Next Destination?
wahhhhhh... awal2 lagi dah nampak durian kan! Siapa kat sini feveret dia buah durian?
seppppp sikit! Kita serupa.
Pasar ni terletak di tepi jalan dari Fossil nak balik ke Aonang. So, sangat senang nak jumpa.
Pelbagai jenis juadah/ hidangan Thai dan juga buah-buahan tempatan turut di jual di sini.
Elok je kami nak gerak balik, sekali hujan pulak. So, kita bertapa lah dekat sini sekejab yer.
Lagi sekali kami bergambar dekat Ao nang. Tak puas rasanya tengok View Cantik macam nie.
Rasa macam cepat sangat masa berlalu.
Kalau pagi tadi, dekat kawasan ni sunyi dan sepi sahaja. Berlainan pulak dengan waktu petangnya yang meriah dengan pelancong.
Antara gerai makan yang boleh di dapati di sekitar hotel kami.
Last sebelum pergi Dinner. Cik Abam nie tetap nak mencari bag jugak.
Cik abam kita ni memang feveret dia kalau ke mana-mana mesti nak beli bag, Dah menjadi kebiasaan beliau dah pun.
penat taukeh ni melayan kerenah kami. Siap minta tawar menawar lagi. hikhikhik..
Next adalah waktu untuk dinner pulak! Kami makan di Restoren Bangboo lagi kali nie.
Bagi pemerhatian saya, walaupun harga dekat sini agak MAHAL. Tapi makanan yang di hidangkan sangat sedap dan juga berpatutan.
Korang rasa kitaorang makan ni je ke? hahahahah.. jangan tertipu taw! yang akak terliur dan idam-idamkan belum sampai.
Jeng.. jeng... Sotong Bakar Sedap namanya! dari 1st day dah nampak menu sotong bakar sebenarnya tapi nak try menu yang lain dulu. So, hari last day ni kita tunaikan apa yang kita nak makan yer.
Penuh Meja dan Kenyang yang teramat sangat! Sotong dia FRESH dan sedap. yang penting walaupun hidangan bakar-bakar belum ada sebab hujan tapi akak tetap nak jugak. Nasib baiklah mereka ni sudi melayan kerenah akak.. hehehehe..
Lepas je makan. Kami pun pulangkan motor pada tuannya dan ambil balik Passport laki kita tu lah.
Besok nak balik Malaysia dah. kang tak boleh balik pulak sebab takde passport kan.
Malamnya selepas mandi, lepak2 dan kemas2 bag. Perut akak masih terasa lapar lagi..
Cuba teka kita nak makan apa pulak malam nie?
alaaaaaaa... lambat lah korang teka! kita nak pancake..
Yeayyyyyyy...
Banana Nutella Pancake!
Mangga Nutella Pancake!
TQ Cik Shuben sudi melayan kita dan sudi meredah jalan kaki 5min untuk beli Pancake nie. Walaupun waktu tu dah nak pukul 10malam dan kedai pancake pun dah nak tutup.
So, Perut dah kenyangkan? apa lagiiiiiii.. Tidur ler pulak! Besok nak check out and balik Malaysia dah..
Good Night! :)
No comments:
Post a Comment