Tuesday, 23 July 2019

FPP Putrajaya, Syiooook!

Haiiiiiiii...

Assalammualaikum and Good Morning :)

Kita sambung story bersalin anak No. 2 di Hospital Putrajaya (FPP). Rata2 ramai yang bertanya tentang kos bersalin di Hospital Putrajaya.

Anak No. 1 = RM 3,700.00 (Lebih kurang lah), katil double bedded. Husband TAK BOLEH temankan.

Anak No. 2 = RM 4,400.00 (Lebih kurang), katil double/single bedded. Husband BOLEH temankan.

Beza nisa bersalin kali ni adalah pada biliknya. Sebab anak yg 2nd ni Nisa masuk Wad Executive (5A) maka per day RM 300.00. lebih kurang duduk dekat Lexis. kikikiki

Tapi both pengalaman bersalin, Alhamdulillah dapat nurse yang baik2 dan Doctor yang baik2. Bersalin anak 1 & anak no. 2 Nisa ambil Doctor yang sama supaya senang and Doctor boleh check rekod kita sendiri.

Anak 1st nisa Operate sekali jalan buang CYST. CYST ni masa operate tu baru tahu masih active and Terus BUANG. So, doctor advise untuk susukan baby selama 2tahun untuk elakkan CYST datang kembali.

Nisa Pregnantkan anak no. 2 masa anak yang sulung berusia 9bulan. Masa ni takde tanda2 pregnant pun siap pergi Cruise Fully Sponsor by Mary Kay + sapu lotion panas dekat perut. Alhamdulillah, dalam tak tahu tu Allah SWT lindungi kandungan Nisa dari perkara yang tak baik.

Anak 1st decide CZER lepas induce 24jam tapi bukaan sangat slow sehingga induce kali ke 2 tapi baby dah hampir lemas coz reading CTG pun tak cantik.

Anak 2nd decide CZER sebab tak nak induce and trauma kalau slow progress on opening. and risaukan baby dalam keadaan air ketuban dah kurang.


Jemput Makan, ni makanan untuk lepas bersalin. Lapar sangat masa ni sebab puasa dari 24hb 11 malam hingga 2pm 25hb. Lapar Teruk! 



Yeayyyy.. Family datang Visit. Sebab ada baby, so kita lah yang turun dari wad and lepak dekat lobby. 



Belum Bersalin lagi, rindu dekat my baby Girl NurAisyah Athirah Qaisara. 



Katil ni 2 bedded ye tapi Husband boleh temankan. Yeayyyyy.. Boleh jadi Puteri. Mintak apa pun dapat. 

kikikikiki.. 

Kita Layan Make Up Dulu sebab Bosan Naw Menunggu kan. 

Semestinya Mary kay Di Hatiku. 



One with Kakak Aisyah. I LOVE YOU SAYANG. 


Yeaaaa.. Saya Admitted coz Darah tinggi jadi nak ke mana2 mesti berkerusi roda. Nurse tak benarkan berjalan2. Mesti naik kerusi Roda. 




Okay, yang bestnya Makanan boleh Pilih bila masuk wad Executive ni. 
So, okay lah kan. Takde lah stress sangat or dok memikir bila boleh keluar hospital. 


My Favourite, Bubur Pulut Hitam. 


Kakak nak tidur dengan ummie sambil peluk adik baby. 

Sian dia kenal tinggal dengan nani & nana. Sementara Walid temankan ummie dekat hospital. 



Western Lagi. Sedap!


Nasi Ayam is my Favourite! 


Yeayyyyy... Baby dah keluar 25hb Feb 2019, isnin 2petang. 



Gambar Before perut kena belah. 


Orang katil sebelah dah pindah bilik, makanya kami berdua jela. 




sebabkan nak juga panggilan #NAAQ maka kami pilih nama ini sebagai nama baby.



Yeayyyyy... Boleh Discharge! Baby ada kuning and kena report dekat klinik kesihatan untuk check 2hari sekali. 

dan ini adalah bilik single kami. Ada 1 katil and 1 sofa bed untuk husband atau family yang nak tidur. 


Pregnant anak 1st VS Pregnant anak No.2. 


Baby Nur Aaliya Alina Qaireen, 2.65kg. 


Sejak jumpa baby, kakaknya memang macam ni. Tidur nak dekat dengan Adik. 

Sayang adik katanya. 








Macam2 Gaya anak ummie dua orang ni🥰



Cuba teka dari Gambar, mana satu kakak & mana satu adiknya? 

Alhamdulillah, Amanah yang Allah SWT berikan 2 orang Puteri Cahaya Mata ummie & Walid, 

Penyejuk hati kami❤️

Betullah setiap anak yang di kandungkan dan di lahirkan itu akan hadir pengalaman yang berbeza2 macam anak No. 2 ni kena cucuk ubat cair darah sehari 2x. 

Apa2 pun demi anak2, ummie sanggup buat apa saja. 

Ummie Love Both of You ❤️

Sedikit pesanan bagi yang tengah plan or survey2 nak bersalin di Hospital Putrajaya, lebih baik anda book ketika anda hamil 3bulan ke atas sebab Pihak Hospital akan check tarikh sama ada masih ada kekosongan atau tak. 

Anda boleh DECIDE untuk pilih Doctor yang mana since doctor FPP ada 3orang sahaja. Jadi, kena cepat! 

Deposit RM 3,000.00 saat masuk wad. Balance bayar masa nak discharge. 

Anak 2nd nisa admitted hari Jumaat and discharge pada hari Rabu. Almost one week gak lah. 

Setiap kali check up kena standby RM160-RM 200 utk scan/ charge service and etc. 

Sekian, 

Terima kasih & Selamat Bersalin 😘



9 comments:

  1. Assalam. Nak tanya anak kecil boleh bawa naik tidur wad ke?

    ReplyDelete
  2. Sis nak tanye. Rm 4.4k tu all in termasuk check up mthly dgn dr kat situ ke? And mule2 sis masuk bilik twin bed kan. Lepas tu berjaya dpt bilik single ke? Bilik executive single bed tu kite boleh book awal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm4.4k tak termasuk mothly check up. Monthly check up harga lain around rm160 each time. Depends jugak lah sbb dia termasuk scan baby sekali.

      Delete
  3. salam sis. nk tanya. kalau nak bersalin shj dkt situ boleh ke? checkup dkt klinik kesihatan biasa boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. no problem. Saya pun bersalin kat sini. Check up baby semua kat kk je. Sebab senang & dekat dengan rumah

      Delete
  4. Salam.sis nak tny baby kne jaga sendiri atau ade nursery ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends sis, macam saya anak 1st ward executive penuh. So, most of the time baby dengan saya. Susah sikit sbb nak jaga luka czer lagi, baby nagis lagi but Alhamdulillah nurse kat putrajaya memang helpful. Minta tolong mereka kalau ada apa2 😊

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...