Hari demi hari berlalu rasa macam sayang pulak nak tinggalkan negeri di bawah bayu nie. Nak tulis cerita pasal trip ke sabah nie pun masih terbayang2 lagi suasana dan kemeriahannya. Especially hari nie adalah fully yang berkaitan dengan Air / water Sport activity!
Day 3, kat sabah nie memang sengaja kitaorang peruntukkan 1hari untuk melakukakukan aktiviti air sebab kami bertiga memang suka sangat air. Apatah lagi waktu kami sampai tempoh hari, mata kami di jamu dengan pemandangan laut yang membiru! Excited benor rasanya..
So, bangun pepagi nie kitaorang terus pi breakfast dekat restoren mamak berdekatan dengan apartment kami. Almaklumlah apartment kami tu jenis yang rumah kedai. So, kawasan bawah rumah tu memang banyak gerai2. 7E, mamak dan lain2. Kami bertiga breakfast roti canai je pagi nie.
Lepas perut di isi, kami pun bertolak ke Jeti, jeti Jesselton. Sampai je sana memang banyak kaunter2 untuk island hoping and others sport activity! Make sure korang tawar harga serendah yang boleh k?!
Kami dok tawar2 kemudian dapat harga yang berpatutan di campur pulak perbincangan akak dengan kawan akak yang teringin sesangat nak buat parasailing! Yessss... this is our chance to try! Naseb baik la laki akak sporting habis dan tak kisah pun akak nak berparasailing..
So, dah beli tiket semua. Make sure tiket tu simpan elok2 sebab nak guna untuk pergi ke tiga pulau Tunku Abdul Rahman (Sapi, Memutik & Manukan)
Nak Tahu Aktiviti kitaorang dekat Pulau Sapi? Jengggggg.. jengggggg...
Teruja Tak tengok laut yang mebiru ni ? siap nampak anak ikan tengah bersuka ria lagi tu. Dan yang paling menakjubkan siap nampak ikan Todak lagi Tu! Poweeerrrrr..
Pulau Pertama yang kami jejakkan kaki, Pulau Sapi. Masuk je Enterance nie orang dekat kaunter akan mintak kita bayar RM9.00 (tiket enterance 3pulau untuk 3 orang). Ingat yer, Tiket tu semua kena simpan elok2.
Eahhhhh.. Kenapa akak dekat dalam boat lagi? sekejab je ke dekat pulau sapi? Jenggg.. Jennnngggg..
cer teka apa akak nak buat dengan kawan akak nie? Yes, Kitaorang decide nak main Parasailing! First time nak try nak naik dan nak hilangkan rasa ketakutan! Jangan tak percaya taw!
Nie gambar amoi Jepun yang naik satu boat dengan kitaorang dan dia minta kitaorang ambilkan gambar dia pakai handphone kitaorang. Kalau gambar akak memang takde la time ni sebab cik husband ambil vidoe je, Beliau lupa nak ambil Gambar time ni. Takpela, kita maafkan je beliau yang terlupe tu ye.. hehehehe
Jangan kecut perut yer, sebabnya dorang memang akan bagi kta rasa terbang tinggi2 dan kemudiannya dia akan celup2 kita kat dalam air! tapi takdelah celup2 sampai lemas. celup2 sekejab je, Bagi kena air macam tu :).
Best sangat2 feeling masa dapat buat Parasailing nie! Best sebab dapat Jerit Kuat2. Agak2nya ikan dekat laut tu pun terkejut dengan kitaorang kowt. Hahahahaha
Lepas Parasailing, Kami mandi manda dan snorkelling kejab lepastu get ready untuk next Location!!!
Pulau Manukan, 2nd pulau yang kami berhenti. Dah menyelam dan makan air laut banyak2, perut pun start rasa lapar. So, Kami makan je dekat gerai yang ada dekat pulau nie. Make sure korang bawak duit yer masa kat pulau2 nie sebab takut lapar dan harga makanan/ minuman dekat sini pun boleh tahan jugak harganya. So, Get Ready jela yer.
Dekat Pulau Manukan nie air dia sangat cantik tapi tak berapa nak best sangat sebab tepi-tepi pantai nie banyak batu2. So, nak santai2 dekat tepi tu tak best sangat malahan sakit kaki sebab pijak batu-batuan dekat tepi pantai tu. Kat sini husband tak mandi pun, dia jadi photographer je sebab katanya nak simpan energy untuk pulau yang seterusnya.
Pulau yang terakhir kami lawati hari ini adalah Pulau Memutik! Yeaaaaaayyyy... tak sabar nak snorkeling sebab husband asyik puji je pulau nie. Kemain beria dia cakap cantik ape semua!
Jommmm layan gambar kami kat sana.
Lihatlah betapa jernihnya air dia. Semangat kan kalau nak snorkeling dengan air yang macam nie. Kat sini macam2 ikan akak jumpa, dan macam jenis ikan cecantik ada. Yang tak bestnya sebab akak nie rabun, so tak nampak sangat ikan2 tu smue. Nampak warna2 je. Hahahaha... In shaa Allah next trip akak akan dapat melihat dengan jelas ikan-ikan nie semua!
Kasi can la kat kitaorang ambek gambar peluk2 sikit kat tepi pantai. Hehehehe...
Dalam pukul 4 petang macam tu, keadaan cuaca agak tidak mengizinkan di mana langit dah mula gelap, angin bertiup kencang. Jadi kami pun bersiap2 dan menunggu boat kami sampai. Ingat ye, pastikan tiket ada sentiasa ada dengan anda, sebab kalau tanpa tiket anda tak boleh nak naik boat ke jetty. Jadi, bila boat kami sampai, kami pun naik dan balik lah ke jetty. Masa tu macam agak gerun sikit sbb ombak kuat, boat gegar2. Rintik2 hujan pulak. Risau je rasa hati ini. Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai jetty.
Sampai jetty, kami start keta dan balik ke hotel dulu. Mandi2 lepastu perut lapar dan misi kami mencari makanan serta souvenir!
Yeaaaayyyyy... shopping time
Hah! Camna gambar2 seafood tu semua? Meleleh gak air liur nie bila tengok2 nie. Teringat kesegaran, kemanisan dan kesedapannya!
Dinner kami malam nie, ikan bayan, ketam dan lobster! Cer teka berapa kami di charge untuk dinner yang superb nie? Agak2 smpai rm 200 tak?? Jengggg3... dinner kami malam nie rm 143.00 sahaja! Believe it or not.. it's a reality!
So, lepas makan, kitaorang pi beli belah dekat pasar philipines. Beli kuih cincin & amplang yang mana orang2 kirim dan juga souvenir untuk keluarga kami. Korang boleh tawar menawar harga dengan peniaga. Jangan risau, dorang takkan marah. Pasar philipines nie tiap2 malam dia ada yer. So, jangan risau, pergi jelah bila2 yang korang nak yer.. di buka dari pukul 5ptg smpai lewat malam.
Per Pax
Breakfast = RM 4.80
Water Sport Activity = Island hoping + gogles + life jacket (RM 50) + Parasailing (RM 75.00) = RM 125.00
Lunch = RM 14.50
Parking = RM 8.00/3 = RM 2.70
Dinner = RM 143.00/ 3 = RM 48.00
Total = RM 195.00
No comments:
Post a Comment