Itinery untuk 1st day dah settle. Sekarang kita sambung Trip untuk hari ke2 pulak ye :)
Hari ke 2 nie adalah antara hari2 yang best dekat sana, bagi aku.. sebabnya pukul 6pagi cahaya dah terang benderang plus laki pulak kejutkan aku kemain awal gler.
Dia eksited suruh aku bangun dan tengok keadaan dekat luar.
Tengok ler tu kabusnya macam mana. Bayangkan bangun pepagi bute dengan suasana macam nie. Dah macam dekat oversea pulak rasanya.
Nahhhhh.. akak payung lagi satu gambar! heheheh.. ape pendapat korang tentang tempat nie? sekelilingnya hutan je.. toilet pun nampak hutan gak :)
Pepagi macam nie eksited ambek gambar dekat kawasan sekeliling + check out bilik sekali sebab perjalanan hari nie agak jauh dan banyak tempat nak kena singgah dulu sebab lepas nie nak pecut pergi ke Bandar KK pulak.
Jeng3.. Dah sampai new zealand Malysia! Nak ke Desa Dairy Farm nie perjalanan dari J. Residence hanya lebih kurang 20min-30min sebab kawasan nie kawasan perdalaman bukan dekat tepi jalan je.. kena naik bukit2 sikit. Kalau korang ramai2 dan naik kereta viva atau yang lebih kecil, mungkin perjalan korang akan mengambil masa sikit sebab kawasan nie jalan dia tanah
tak rata.
Kalau korang nak tahu, dekat kawasan nie memang awesome gler sebabnya pemandangan dia cantik sangat2. Boleh lah macam orang yang macam akak nie nak fefeeling kat oversea (New zeland). belakang tu siap boleh nampak puncak gunung Kinabalu. Dekat sini pun ada anak2 lembu dan anak kambing yang dorang pamerkan khas untuk pengunjung berikan makan. Tapi makanan tu kena beli dekat kaunter la ye, tak boleh bawak sembarangan.
Nie breakfast kitaoran g pagi tu. Yogurt + susu.. semua nie adalah buatan dari sini ye. Bukannya import dari luar ke ape. tak kan makan nie je kan? jangan risau.. macam2 ade, pergi je dekat kaunter tu dan tengoklah sendiri yer. Kitaorang makan wafel pagi nie, tapi tak sempat nak ambek gambar dan masuk perut.. kikikiki
Wahhhhh.. banyaknya ikan! Nielah ikan kelah dekat Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. Perjalanan kitaorang dari Desa Dairy farm ke Ranau nie lebih kurang 1jam 30min. Perjalanan yang agak mengerunkan dan sunyi sepi sebabnya jalan yang kecik dan juga sunyi. Tapi sambil2 bosan tu boleh la tengok pemandangan hijau sepanjang perjalanan.
Tengoklah akak nie, kemain gigih berdiri dekat atas batu sebab tak nak bagi ikan2 gigit kaki akak. Tak dapat nak imagine perasaan tu kalau dorang main gigit. Geli!!! ikan nie tak payah korang nak panggil ke ape, dia akan automatik datang dekat korang dan gigit2 kaki korang. Tapi takdelah dia gigit sampai hilang jari kaki.
Ini pulak Rumah Panjang yang terletak dekat Sabah Tea Garden. Kawasan ni memang dekat je dengan Tagal Fish Spa, malahan sign board pun ade di letakkan. korang boleh perhatikan sekeliling korang dengan signboard2 yang ada. Rumah panjang nie di buat seperti hotel. so, Kalau nak try duduk dekat rumah panjang, cuba2 lah korang Google. kitaorang dapat bergambar dekat sini sebab customer2 mereka belum sampai lagi. hehehehe.. so, xde lah segan sangat buat bising ke ape kan.
Lunch kitaorang hari ni adalah KFC! Senang, cepat dan mudah. Bukannya apa, dekat sabah (Especially kawasan Kundasang & Ranau) nie kan berbilang kaum & agama, jadinya kehalalan sesuatu makanan adalah amat di ragui. So, jalan mudah kitaorang adalah KFC. Ini dekat kawasan pekan Ranau. Dekat sini lah isi petrol, withdraw duit dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan.
Inilah pekan Kundasang! Dari Ranau tu kita kena patah balik ke Kundasang untuk pergi ke Kota Kinabalu. macam2 buah-bahan segar dan juga bunga segar yang dijual di sini. semuanya Fresh2. Amplang dan Kuih Cincin pun ada jual dekat sini, tapi dekat sini kitaorang cuma beli buah-buahan yang tak pernah jumpa or jarang jumpa dekat semenanjung je.
Kenapa kitaorang masih singgah dekat Pekan Pekan Kundasang?? Sebab masih ade tempat yang belum kitaorang pergi, iaitu War Memorial Park.
War Memorial Park adalah salah satu kawasan di mana di buat khas bagi memperingati mangsa2 yang terkorban di waktu penjajahan dahulu. Dekat sini ada banyak info malahan senarai nama menreka yang terkorban pun ada.
Next location is Nabalu Park. Nabalu Park adalah tempat di mana semua pendaki2 gunung kinabalu akan memulakan perjalanan mereka mendaki gunung. Yang tak mendaki pun boleh masuk kat nabalu park tapi sampai certain point jela. Tak boleh sampai atas sana sebab setiap individu yang nak naik gunung kena daftarkan diri dulu.
Dekat sini terasa sejuk dan masa sampai nie keadaan dah nak dekat maghrib dah waktu melawat pun dah nak habis. So, kitaorang lepas bergambar, buat video dengan cik tupai. Kitaorang pun meneruskan perjalan ke kota kinabalu yang akan mengambil masa lebih kurang 2jam.
One of the nice view yang sempat di snap oleh my friend, mimie. Cantikkan ciptaan Allah? Masya Allah.. kami sangat selesa sepanjang perjalanan apatah lagi di temani dengan view yang sangat cantik macam nie!
Selepas 2jam lebih perjalanan kami pun check in hotel di Promenade servis apartment yg kami book melalui agoda. Com. Nak tahu pasal servis apartment nie? Well, akak tak recommend korang duduk sini. Please stay dekat tempat lain kalau datang ke kota kinabalu.
Lepas solat, mandi, rehat dan sebagainya kami pun decide untuk pergi makan di Pasar filipin sambil2 cuci mata. Heheheh
This is our menu for tonight! Jenggg3... nasi putih 3, ikan Bayan, ikan pari, air kelapa, tembikai & jus avokado! Ikan pari tu my favourite which is cik abam akak tak boleh nak makan, allergic.. So, akak makan ikan pari tu berdua je dengan kawan akak sampai lebam! Nak tahu harga ikan pari tu berapa? Rm8.00 satu pinggan besar tu! Berbaloiiii gler.. dekat KL memang tak dapat ikan besar macam tu dengan harga macam tu.
Dan kenyang, penat dan tak sabar untuk aktiviti hari esok. Maka, Moh ler kita tidur :)
Per Pax
Desa Castle Farm (Entry + Breakfast) = RM 5 (Entry) + RM 10.95 (BF)
Petrol = RM 10
Fish Spa = RM 5.00 (Entry) + RM 3.00 (Camera) ; RM 6/pax
KFC (Lunch) = RM 13.95
War Memorial = RM 3.00
Kinabalu Park = RM 3.00
Buah = RM 5.00
Dinner = RM 68.00 (total) ; RM 22.61 (Pax)
Total = RM 79.51/pax
Eeeeiiii.. nengok gambar lagi membuakk rase nak pegi.. :p
ReplyDeleteSila pergi dengan kadar segera yer kak.. bestttt!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete