Assalamualaikum semua!!! Sihat ke idak? Sedih lak asenya hati nie bila trip ke sabah nie dah nak sampai ke pengakhiran. Hari ini adalah last day dekat sabah. Sob.. sob.. sob... tak nak balik boleh tak??
Ok, hari nie nak relaks2 je tak nak rushing2 sangat sebabnya nak menikmati hari last di bumi di bawah bayu nie.
So, bangun dalam pukul 9 macam tu, siap2 dan packing barang semua sebab hari nie kita akan check out sekali sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Dah siap packing, check out, kami breakfast di restoren mamak berhampiran dengan hotel kami. Senang!
Dah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke Cantik Borneo Gallery yang terletak berhadapan/ bertentangan dengan Rumah terbalik!
Dari sebelum datang dah survey tempat nie, even masa on the way nak ke kundasang dan balik dari kundasang kami nampak tempat nie. Cuma tak sempat nak singgah je, so hari nie kami singgah ler.
Dah penat berganbar, dah penat senyum memanjang, perut pun berbunyi lapar dan kami dah ready for lunch! Naseb baik lah dekat chantik gallery nie ade kedai makan yang halal. Jadi let's order!
Next, pit stop kami adalah Signal Hill, Sabah! Dari signal hill nie kita akan nampak seluruh bandar raya Kota Kinabalu! Cantik view dekat sini, nampak bangunan tinggi, hotel, laut yang biru, round the board! Oh ya, dekat sabah nie janganlah harap nak jumpa traffic light selalu macam dekat KL nun. Sini kebanyakkannya adalah Round the Board!
Cantikkan pemandangan dari Signal Hill nie? Masuk sini FREE je, tak payah bayar apa2 pun.
Next, kami singgah ke Tanjung Aru pulak since husband cakap yang Tanjung Aru nie cantik dan best!
Tapi anggapan kami meleset bila sampai. Laut dia tak secantik yang kami nampak sebelum2 nie. Pantai pun macam tak berjaga. Tapi ada food court. So, nak makan ke ape, boleh je.
Tu je gambar yang mampu kami ambil. Cik abang tengah merenung masa depan agaknya. Hahahahah...
Lepas dari sini, kami singgah ke pasar philipines untuk last minutes shopping. Lepastu kami pun bertolak ke KKIA, Kota Kinabalu Airport. Dekat sini kami segarkan badan sebelum naik flight. Flight kami adalah pukul 9malam dan di jangka sampai pukul 11.30 malam.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke KLIA2. Alhamdulillah, perjalanan kami di permudahkan. Kami balik ke Putrajaya Sentral dengan menggunakan perkhidmatan dari KLIA express. Harga tiket untuk seorang adalah RM 9.50.
Kami selamat sampai di Putrajaya Sentral pada pukul 12.15 Pagi dan bayaran bagi parkir di Putrajaya sentral untuk 4hari adalah RM 30.00 sahaja.
Sekian, sampai di sini sahaja kisah kami di sabah! It's a nice trip and In shaa Allah kami akan repeat lagi ke sana sebab kami rindukan seafoodnya.
Per Pax
Lunch = RM 8.50
Chantek Borneo Gallery = RM 8.00
Minyak = RM 3.30
Snacks = RM 3.90
Train KLIA 2 - Putrajaya = RM 9.50
Parking = RM 30.00
Total RM 68.40
rajinnye update.. :p
ReplyDeleteTengah berjinak2 bagi rajin kak
Delete