Hari nie akak nak share entri pasal ke Bali. Actually, akak pergi Bali last year bulan 8. Book pun masa Matta Fair bulan 3 dan dapat harga yang berpatutan dan still under akak dan cik abam punya budget. Kami decide untuk book pakej Honeymoon untuk 3 hari 2 Malam bersama The Kirana Bali yang terletak berhampiran kawasan Seminyak. Masa book tu kami cuma perlu bayar duit deposit sahaja RM200.00 dan selebihnya kami boleh bayar kemudian bila kami dah confirmkan tarikh sebenar kami nak pergi ke sana.
Pakej yang kami ambil tadi adalah pakej untuk Ground sahaja di mana TAK TERMASUK Flight tiket. Since, masa nie adalah musim promosi habis-habisan jadi kami decide untuk cari tiket filght sendiri sahaja tanpa mengunakan agen.
Setelah kami survey dan bandingkan harga, Kami decide untuk book secara online dengan MAS Airlines. Harganya sangat berpatutan bagi kami kerana harga termasuk bagasi 20kg seorang, makan dan juga Airport Tax di Bali nanti. Total kami spend untuk tiket Flight adalah RM 840.00 untuk perjalan pergi dan balik 2orang.
22 ogos 2015, flight kami pukul 12.05 tgh hari. Kami parking kereta dan menaiki train untuk ke KL Sentral. Kemudian kami menaiki Bas untuk LCCT. KL Sentral ke LCCT RM10.00 seorang.
Sampai je LCCT kami terus Check In Flight sebab tak nak kalang kabut. Dan kami boleh berjalan-jalan di kawasan LCCT. Jom ambil gambar dulu... :)
Dah Bergambar sakan, dan masanya dah tiba untuk naik Flight Ke Bali! Yeaaaaayyyyyy...
Ini makanan Kami masa kat dalam Flight. Ini First time akak naik Flight dengan MAS sebenarnya sebab tu akak perhatikan je semua benda yang ada kat dalam Flight dan dari segi layanan Pramugari dan Pramugara dorang ni semua. Bagi akak service dari MAS sangat bagus malahan pramugari tak sombong langsung. Sedia memberikan apa yang customers minta dengan kadar segera. Yang bestnya pasal naik MAS ni tempat duduk dia agak lapang, selesa dan juga di sediakan earphone dan screen untuk main game atau tengok movie. Macam2 pilihan ada maka perjalanan kami takde lah bosan sangat.
Yeayyyyy... nampak tak gunung merapi kintamani? cantik taw Gunung tu. Ini dah nak dekat sampai lagi eksited sebabnya kapal terbang akan lalu sebelah Gunung nie dan time nie memang Masha Allah.. Cantik sangat! Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali mengambil masa lebih kurang 2jam 30min.
sampai je dekat Airport Denpasar Bali nie, Supir dari The Kirana Bali dah sedia menunggu kami dengan Signboard nama kami. Jadi kami tak perlu tunggu lama. Dan pakej honeymoon kami termasuk sekali airport transfer. So, dekat situ kami dah jimat sikit dan supir dorang pun baik dan polite. Selalu memberikan kerjasama.
Masa dalam perjalan ke Hotel, Kami sempat singgah di satu gedung membeli belah bagi mencari baju untuk kami pakai pada keesokan harinya. Alang2 waktu nie ramai orang balik kerja dan perjalanan agak jammed. Jadi kami berkesempatan untuk singgah ke gedung sebentar.
Lebih kurang pukul 6petang kami check in di Pent house kami, Waktu ni suasana dah nak masuk waktu Maghrib. Jangan lupa ye, dekat sini waktunya awal sejam berbanding di Malaysia.
Jommm usha2 Penthouse kami.. :)
Our Bedroom together with kelambu. Best Bilik nie!
Bathroom with Bath tab. Our Favourite kalau pergi vacation mana2 mesti nak cari yang ada bath tub sebab nak rendam lama2 sambil sembang2. Memang release stress betul kalau dapat rendam lama2.
Our Living Hall untuk tengok television. Dalam bilik pun ada TV jugak so, Most of the time nak rileks2 kitaorang lepak dalam bilik je.
Swan With Rose on the bed
Our Private Pool with Sunset View dan Boleh nampak laut yang luas. It was nice view. Kitaorang letak je barang2 semua lepastu terus lepak dekat Pool. Bukan senang nak dapat Feel romantk2 macam nie dan yang bestnya berendam kat dalam Pool sambil negok Matahari Terbenam! Sweet giler gitew...
Nak tengok gambar kami berenang di dalam pool sambil menikmati view Sunset? Sorrrrryyyyy... gambar telah di sensord! hahahahah...
Sekejab je dah Maghrib dan matahari pun hilang dari pandangan kami.
Lepas dah mandi dekat pool, Kami siap2 mandi kat bath tub pulak! nampak tak kami nie jenis yang suka berendam je.. hahahaha... lepas dah mandi, solat kami pun siap2 untuk next activity which is Candle Light Dinner. Nie 1st time sebenarnya kami berdua bercandle light dinner. Apatah lagi dekat dalam bilik tidur sendiri kan. Memang best lah citer dia sebabnya makanan semua dorang serve satu persatu dan dorang akan tinggalkan kita berdua dekat dalam bilik menikmati candle light dinner. Servis dorang memang bagus lah. Siap offer air tambah dan macam2 lagi.
Ini pembuka selera Cik akak yer, Betutu Ayam Spring Rolls. Sedap gak sebab dekat dalam dia ada ayam dan di salut dengan kulit yang lebih kurang macam kulit popia dan ada sayur-sayuran dekat dalam dia.
Yang nie pulak, cik abam yang punya Cream Pumpkin Soup sebagai Pembuka Selera.
Drinks untuk cik abam, Watermelon Juice yang fresh gebu gebas!
Ini pulak cik akak punya, air mangga gebus gebas! Air ni korang boleh mintak dia refill banyak2 kali pun tarak hal punya. Dan takde Charge tambahan akan di kenakan. Best kan?
Sambil2 makan tu leh layan ambil gambar dekat pool. Niat di hati nak nampakkan gambar bintang2 dekat belakang tu tapi tak kesampaian pulak sebabnya Camera tak berapa nak power!
Yang ini untuk cik akak pulak yer :) Balinese Tuna Steak.
Lepas dah borak2 dengan Pelayan yang dok kehulu hilir hantarkan makanan kami kat dalam bilik. It's our turn to try their Dessert! Dessert adalah part yang favourite akak. Kadang2 tak yah starter or main course pun tak pe. Akak boleh terus terjah ke Dessert je. Yang dalam gambar ni adalah Frozen Capucciono Semifredo untuk akak.
Basically, makanan dekat sini sedap2 belaka dan servisnya jugak sangat bagus. Kami siap dapat tips cara2 menyediakan Mash Potato yang sedap lagi. hehehhe
Kita ambil gambar dulu sebelum masuk kamar! Thanks akak yang sudi melayan kami dan sudi ambilkan gambar kami. Malahan beliau yang offer diri untuk ambilkan gambar kami berdua!
Lepas je kami makan, kami sempat lepak2 santai dekat tepi pool. Tapi tak lama sebab lepastu cik abam kata ngantok pulak. hehehehehe..
Korang Stay tuned untuk next update yer :), Untuk hari ke dua dan ke tiga pulak.
Love You :)
cantik deko atas makanan.. kami dulu amek pakej honeymoon kureng kat makanan.. huhuhu
ReplyDeletecantik dan sedap kak, pelayan dia pun Friendly
Delete