Thursday, 15 September 2016

3 Days 2 Nights at Bali, Indonesia- Day 2

Assalammualaikum :)

Yeaaaaayyyyyyy... hari nie kita cerita pasal hari ke 2 dekat Bali yer :)

23 Ogos 2015, kami bangun lebih kurang pukul 7pagi macam tu tapi matahari masa ni macam dah pukul 8-9 pagi cam tu. Akak memula bangun macam terkejut sikit sebabnya ingatkan dah terlewat sebab hari nie aktiviti kami nak berjalan jauh sikit.


Sarapan kami pada pagi ini adalah Croissont, Pancake, telur separuh masak dan jugak buah-buahan! Kelas gittew taw makan pagi ke main orang putih lagi. Ni makan dekat lobby hotel je dan sarapan pagi dah termasuk dalam pakej yang kami ambil. So, bangun pagi turun dan makan jela. Nie bukan Buffet style yer, order je ikut menu yang ada.

Perjalanan kami hari ini akan di bawa oleh supir yang kami book masa kat malaysia hari tu. Alhamdulillah, dapat harga yang murah dari menggunakan khidmat dari pihak hotel.

Pukul 8.30pagi macam tu Dicky aka supir kami pun sampai dekat lobby hotel. So, berborak dengan dicky sembang2 macam2 yang kami dapat tahu tentang bali nie. Perjalan nak ke lombok dan lain2. Yang paling best cik abam lah sebab ade membe nak nyembang bab motor dan lain2.




Pit stop kami pada pagi ini adalah menonton Barong Dance. Barong dance ni agak terkenal sebab mengisahkan kisah dongeng dan lain2 tapi cik akak tak berani sangat nak tengok sebab nengok monyet dan lain2 tu macam menakutkan je muka dorang. Kami ambil gambar dari tempat kami duduk je, tak berani nak pi dekat. Full house taw time nie, mat salleh ade, warga malaysia ada dan warga tempatan mereka pun ada jugak. 

Lepas dari Barong Dance kami pun ke gedung pembuatan batik! Sangat cantik design2 batik yang di hasilkan tapi sayangnya kami tak boleh ambil gambar sewaktu di dalam gedung. Tapi kami ada beli bag duit dari batik untuk di jadikan kenangan. 


Cantik kan view nie? Hah... ini lah gunung merapi yang akak snap masa dalam flight semalam! Cantik gilos kawasan nie awak.. terkelu seketika melihatnya. This is gunung Merapi Kintamani! Perjalanan nak ke sini memakan masa lebih kurang 2jam jugak. Dekat sini banyak kedai makan secara buffet. Jadi kami lunch di sini sambil di temani pemandangan gunung nie. Cantik sangat!


Sampai terlena akak taw lepas makan pastu nak ambil gambar. Bestnya.. sejuk lak tu


Bila akak dah celik, cik abam lak yang tidur. Hahahahha




Menurut Dicky, gunung ni kalau waktu pagi kita akan nampak pendaki2 gunung memulakan perjalanan untuk mendaki gunung. Walaupun ianya gunung merapi yang masih aktif tapi masih ada orang yang berani untuk mendakinya. Dan untuk pengetahuan korang, masa akak datang sini gunung merapi ini baru sahaja mengeluarkan lava sebab tu gunung ni tak di penuhi tumbuh-tumbuhan.






By the way Bali ni mostly rakyatnya menganut agama Buddha malahan makanan wajib bagi dorang adalah B*BI Guling! So, kalau yang nak travel ke sini kena make sure korang inform kat supir korang yang korang beragama islam dan nak cari makanan HALAL. Takut2 nanti dorang bawak makan ke mana2 ntah.. be careful ok! 


Pandai kan cik abam akak ni buat buat kopi! Heheheh.. ini adalah pit stop kami selepas turun dari gunung kintamani. Tempat di mana penghasilan kopi di lakukan dan kopi yang paling famous di sini adalab kopi Luwak!


Dekat sekeliling kawasan ni ada tanam pelbagai jenis kayu herba yang mana kita jarang temui. Antaranya kayu manis, tongkat ali, kacip fatimah dan lain2.




Kopi luwak! Sebenarnya kopi luwak ini terhasil daripada biji kopi yang di pilih oleh luwak/musang dan kemudian di keluarkan semula sebagai n*j*s. Musang nie cuma makan sayur-sayuran sahaja sebab tu hanya biji kopi yang terpilih sahaja akan di makan oleh musang tersebut. Tapi korang jangan lah pelik pulak sebabnya biji kopi tu di basuh berkali2 dan pelbagai cara dorang lakukan untuk membersihkan biji kopi luwak nie. Bukannya basuh sekali dua je pastu terus buat air. Ewwwwwww... no.. no.. no!


Pelbagai jenis kopi tersedia yang di hidangkan oleh pelayan restoren yang kami pilih yang mana kami nak sahaja dan mereka akan sediakan secara PERCUMA. Cuma kopi luwak sahaja yang perlu di bayar. Yang lain2 semuanya FREE of Charge.





Rajin pun staff kedai kopi ni melayan kami ambil gambar. Ke hulu hilir dia follow kami untuk dapatkan angle yang cantik. Terima kasih mbak!



Souvenir shop di mana semua jenis kopi yang kita dah rasa tadi kita boleh beli dekat sini termasuklah kopi luwak. Kopi vanilla, serai dan kelapa agak sedap bagi akak dan cik abam jadi kami pun beli ler sedikit sebanyak untuk di bawa pulang untuk insan2 tersayang.



Jom belajar buat kopi luwak! Heheheh...





Pit stop kami yang seterusnya adalah Ubud! Ubud nie masa dalam perjalanan nak ke kintamani pu  kita akan lalu dan kawasan ni boleh di kataka  semua orang akan singgah kalau nak ke kintamani cuma masa nak pergi atau waktu balik dari kintamani je. 



Cantikkan view dia? Sebenarnya ubud nie terkenal sebab pemandangan sawah padi yang di tanam secara bertingkat. Kalau nak pi tengok lebih dekat pun boleh sebenarnya cuma akak dan cik abam decide untuk tak pergi jauh sebab dekat Malaysia pun ada sawah padi. Hehehehhe... jadi cukuplah sekadar ambil gambar buat kenangan di masa hadapan je. 

Lepas dari Ubud tu kami pun terus ke lokasi seterusnya memandangkan hari sudah makin gelap jadi kami pun buat keputusan untuk melihat matahari terbenam di tepian pantai nan indah. Siapa tahu dekat mana lokasi terbabit?  



Jeng3... inilah Jimbaran! Yang terkenal dengan makanan laut dan juga sajian romantis di tepi pantai. Setiap meja akan ada lilin ala2 macam candle light dinner gittew.




Belakang kami tu adalah laut yang luas dan juga matahari yang kian terbenam. Suasana yang sangat cantik dan romantik sebenarnya. Dekat sini ramai mat salleh. Ada yang datang berdua, ada yang dengan family dan ada jugak dengan kawan2.  



Jangan risau bosan atau pun mati kutu masa kat sini ye. Hayatilah saat romantik macam ni dengan pasangan kita sebab kalau hari2 biasa tu memang tak dan nak romantik2. Balik je kerja masing2 dah penat. Sambil2 jamu selera atau menikmati pemandangan alam yang indah. Anda juga akan di temani oleh busker2 yang akan berkunjung ke meja anda. Malahan dekat sini juga akan ada tarian Barong dance. Jadi kalau terlepas persembahan dekat teater barong dance. Jangan risau, dekat sini pun kita akan di hiburkan dengan barong dance jugak. 




Ok, nak cerita pasal makanan dekat sini pulak mostly adalah seafood atau ala2 westwern gittew dan harganya agak mahal berbanding makanan tengah hari atau lain2. Mungkin sebab dekat tepi pantai dan view cantik jadi harga mungkin agak mahal dari biasa. 

Selain dari itu, set yang saya order adalah Fish and Chip tapi jangan terkejut ye sebabnya Fish and chip ini sekali dengan nasi. Ini adalah memang pakej yang di sediakan. Semua menu pun akan ada nasi sekali. Kami cuma share sahaja makanan sebab portionnya agak besar. 


Sambil2 layan makanan, layan panorama yang romantik. Akan ada abang photographer yang datang untuk ambilkan gambar kita. Kemudian dia akan tunjukkan gambar tersebut pada kita jika kita berpuas hati kita boleh beli gambar yang di print dan juga minta softcopy di emailkan. Best kan? 

Best sangat suasana dekat sini. Romantik! 

Dalam pukul 9malam macam tu, selesai sahaja dinner kami pun teruskan perjalanan untuk mencari souvenir buat keluarga tersayang. Kat Bali nie tak perlu risau tempat shopping barangan souvenir sebab banyak je tempat yang murah. Sebutkan je pada supir yang kita cari barang souvenir, pasti dorang akan tahu nak bawak kita ke mana. 

Time hopping ni pun agak kalang kabut sebenarnya sebab kedai dah nak tutup. Hahahhaha

Kalut sungguh kami time ni. Yela nak buat kira2 lagi sama ada cukup ke tak untuk family. Maklumlah ada dua family jadi kena lah adil dan saksama. Kena pastikan yang semua orang pun dapat souvenir dari Bali nie. 




Yeaaaaayyyyy... semuanya dah ada dan dah lengkap untuk di bawa pulang. Khas untuk keluarga kami di Malaysia! 

Penat sungguh perjalanan kami hari nie. Sangat pack apatah lagi ada perjalanan yang mana jalannya agak sempit dan jugak jamme. Jadi banyak masa yang di ambil di atas jalan raya. Apatah lagi nak ke kintamani agak jauh perjalanannya berbanding ke Tanjung Benoa. 

Malam tu kami tak sempat nak berendam di dalam swimming pool. Sampai hotel hampir pukul 1pagi jadi kami terus mandi dan tidur sahaja. 

Good night you olls! Tunggu kisah hari ke-3 pulak ye. 


Stay tuned!

2 comments:

  1. kenapa banyak gambar pejam mate tu.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak... dah habis snap dalam keta baru check byk gmbr tidur je.. REDHA jela gamaknya

      Delete

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...