Tuesday, 13 September 2016

Mary Kay Botanical Effect F1 ( Dry Skin Type)

Assalamualaikum semua & salam Ceria :)

Hari nie, akak nak share dengan korang semua tentang kulit wajah dan cara2 mengetahui kulit wajah kita. Bukannya apa sebab sekarang ni akak perasan banyak sangat produk2 baru yang tumbuh macam cendawan dan yang paling banyak adalah produk pemutihan kulit! so, sape yang nak gebu gebas tu pun laju jela membeli tanpa usul periksa dan tanpa khidmat nasihat sesiapa. Maka, penyudahnya ada insan2 yang tak puas hati dengan produk yang mana memberi kesan negatif pada kulit.

Korang rasa, kalau korang beli produk yang harganya medium range tapi tub2 muka naik jerawat, muka mengelupas, muka jadi makin kusam dan yang paling teruk muka jadi pedih sebab hakisan kulit. apa yang korang akan buat? Apakata korang usha dulu info2 yang sepatutnya dan kenal pasti Jenis kulit korang dulu sebelum korang buat keputusan untuk membeli sesuatu produk tu.

Entri kali nie akak akan share tentang Kulit Kering dan produk Mary Kay yang sesuai bagi mengatasi masalah kulit kering.


How do you define your skin type?
How do you know which products that suit to your skin?

Kenapa kita perlu tahu produk ape yang sesuai dengan kulit wajah kita?
Sebab kulit yang cantik akan menambahkan seri wajah dan membuatkan kulit bebas daripada bahan2 kimia.

Kulit kering
Kulit yang kering amat berbahaya kerana apabila kulit kering, ia akan menampakkan garis2 halus di wajah yang menyebabkan penuan cepat berlaku. Sebab tu walaupun kadang2 umur baru 20an tapi garis2 halus dah mula muncul.


Apakah itu Mary Kay Botanical effect F1?
Mary kay Botanical Effect F1 adalah formula yang di cipta khas bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Sama macam akak! Kulit akak pun kering jugak taw! Kering, kusam dan tidak bermaya.

Kenapa di panggil Botanical?
It is botanical products sebab di buat khas daripada tumbuh-tumbuhan.
Antara tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam Botanical Effect F1 adalah :

SILYMARIN - berfungsi sebagai bahan antioksidan yang berkuasa dalam membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran sambil membantu menenangkan dan melegakan kulit.



LUO HAN GUO - lebih dikenali sebagai buah "kelanjutan usia". Ianya terkenal dengan kandungan antioksidan mujarab dan turut di percayai membantu menggalakkan kulit yang sihat.


Ekstrak Biji Flaks - Biji flaks adalah salah satu sumber tumbuhan paling kaya dengan asid lemak omega 3 yang juga membantu melembapkan dan melegakan ketidak selesaan kulit kering.


Ekstrak Rumpai Laut - rumpai laut terkenal sebagai sunber vitamin, mineral dan asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit.



Bagaimanakah Produk ini membantu meninggalkan KULIT KERING?
 ✔ meninggalkan kulit kering, walaupun kulit tersebut adalah kulit sensitif,
✔ setiap rejimen dalam F1 mengandungi satu kompleks botani istimewa iaitu silymarin dan Luo han guo bagi membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran dan membantu menggalakkan kulit sihat.
✔ Rejimen botani tambahan yang di pilih khas bagi memberikan keseimbangan kulit wajah cantik yang di idami


Set Botanical effects Formula 1 terdiri daripada : 

Cleanser 3 in 1 : Mencuci, Mengelupas dan Menyegarkan dalam satu langkah dengan berkesan. Membantu memukihkan keseimbangan kulit secara semula jadi. Menjadikan kulit wajah berasa licin, terhidrat dan berseri. Kulit wajah akan kelihatan segar dan berasa lembut. 

Penghidrat: Meresap cepat dan memberi penyeimbangan kulit. Kaya-lembapan. Meninggalkan kulit berasa selesa. Membantu mengimbangkan paras lembapan kulit. Kulit berasa lembut dan anjal.

Masker: Menanggalkan kekotoran dengan lembut kerana ia mencergaskan kulit; mudah ditanggalkan dengan menggunakan air. Mengelupas dengan lembut kerana ia meningkatkan tekstur kulit. Menambahkan penghidratan. Kulit kelihatan licin dan berasa dibaharui.

Penyegar: Formula tak mengering ini menanggalkan sisa kekotoran dari kulit dengan lembut. Mengembalikan keseimbangan semulajadi kulit. Kulit kelihatan lebih berseri dan sihat. Membantu menenangkan dan melegakan kulit. Kulit berasa lembut dan licin, dan tersedia untuk langkah pelembapan.

Ini adalah set penjagaan wajah yang paling basic korang kena ada unuk memastikan kulit wajah korang kekal gebu gebas! dan yang paling penting sila dapatkan khidmat nasihat tentang kulit korang atau korang cuba kenalpasti dulu jenis kulit korang sebelum korang membeli. 

yela, kalau dah beli tetiba pakai sekali dua jerawat naik dekat muka, muka gatal2 dan sebagainya. Mesti produk yang baru beli tu korang dah tak pakai dah lepas nie maka pembazirang pun berlaku.

so, please ok. Jangan biarkan pembaziran berlaku ye. 

stay Tuned nanti akak akan share pasal kulit kombinasi dan kulit berminyak pulak. 

heheheheh.. Love U 


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...