Best kan weekend macam nie. Hari isnin tempoh hari cuti Raya Haji dan Hari ni, Jumaat cuti sempana Hari Malaysia 16 September. So, weekend yang panjang ni korang berjalan ke mana?
Akak decide untuk pergi Light sensation dekat Maeps serdang yang mana alang2 orang dok kecoh cantik dan ala2 taman dekat korea nun sana.
Tiket ni akak dapat dari Contest "Pengurusan Jenama Utusan/Kosmo" jadi dekat situ akak dah jimat dah. Hehehhee
Tiket masuk ni kalau beli online RM23.50/dewasa dan RM8.50 untuk kanak2. Nak beli masa dekat Maeps pun boleh cuma kena beratur panjang jela dan harganya mungkin murah sikit dari beli online.
Perjalanan masuk ke Maeps nie agak jauh ke dalam sebenarnya dan kereta pulak kena parking agak jauh tapi jangan risau sebab perkhidmatan shuttle di sediakan. Macam akak ni akak naik motor je sebab akak rimas nak cari parking kereta lama2.
Akak dah ada tiket jadi akak kena beratur dekat lane 1 untuk dapatkan wristband dan juga borang lucky draw.
Dah submit borang lucky draw kami pun teruskan perjalan ke kawasan padang di mana kawasan bunga2 ros putih yang beribu2 di tanam dan di hiasi lampu!
Ini adalah menara tinjau yang mana kita boleh nampak seluruh kawasan Maeps yang di terangi dengan lampu
View dari atas menara!
Lepas je turun dari Menara kita pun terus cari tempat bunga2 ros tu dan ada pelbagai kawasan yang korang boleh ambil gambar. contoh macam yang dekat belakang tu tapi kena beratur la kalau nak ambil gambar. Kitaorang tak sanggup nak beratur jadi selpie macam nie jela. hehehehe
orang dekat belakang tu interframe ler pulak! hahahaha...
Yeayyyyyy.. dah masuk kawasan bunga2 ros! cantik yang amat sangat. Penuh dengan bunga ros putih satu kawasan nie.
Bunga2 ros ni telah di buat menyerupai kelopak bunga Raya iaitu Bunga Rasmi Malaysia! jadi ini adalah gambar atas bunga raya. Cantikkan bentuk dia?
yang ini pulak adalah 5 bentuk kelopak Bunga Raya!
Cantikkan Bunga ros ni?
Jatuh cinta dengan perkataan "LOVE" nie rasa macan dekat oversea pulak!
Dah settle bergambar dekat atas kitaorang nak pi jalan2 dekat bawah pulak yang mana ada banyak food truck.
Tengoklah tu betapa ramainya orang dekat sini. Ini baru sahaja kawasan food truck, tapi mostly yang meniaga dekat sini adalah Chinese. Kalau nak beli air dekat sini pun, air mineral kecik rm3.00 mungkin agak mahal sebab kawasan sini kawasan tarikan.
Manakala parking kereta pulak kalau parking dekat bawah RM5.00 lepastu boleh naik shuttle yang di sediakan. Nak naik shuttle tu sila beratur ye sebab kesian dekat orang lain yang dok beratur tu. Next parking yang di sediakan dekat belah atas RM10.00 yang ni dekat sikit dengan pintu masuk.
So, pada yang belum pergi lagi bolehlah try2 usha harga tiket dan jalan2 dekat sini.
Bye...
No comments:
Post a Comment