Penat gila rasanya hari nie sebab banyak sangat kerja yang menimbun2. Bila dah penat2 macam nie, tetiba terkenang pulak percutian dekat Sabah bulan 4 aritu. Best, Tenang, Aman dan Damai je suasana. Seronok tak terkata sampai rasa macam tak nak balik sini dah... hehehehe.. boleh ke gitu?
ok, hari nie akak nak share sikit pasal itinery dan budget akak masa akak pergi Sabah. Buat pengetahuan korang, akak pergi sana ber3 taw. heheheh.. akak, husband dan juga sorang kawan tempat kerja. Membe nak ikut, kita pun angkut jela :)
Flight akak ke KK adalah pukul 6.30am (24.4.2016), pada awalnya book pukul 7.50 tapi di atas sebab2 tertentu, Air asia telah awalkan penerbangan kami. Nasib baik lah ada back up plan masa tu. fuhhhh..
So, malam 23hb tu akak & cik abam decide nak park kereta dekat Putrajaya Sentral pastu naik je Train Laju pergi ke KLIA2. Tambang nak ke sana RM 9.80/Sehala/ Seorang. Murahkan? dari nak parking dekat Airport, memang Mahal bebenor.
kitaorang naik last train pukul 12++ tgh malam, sampai je dekat KLIA2 tu Jakun kejab sebab cantik & luas. Kalau korang sampai sana awal, korang boleh jalan2 dulu, shopping, ambek gambar dan sebaginya. Akak dengan cik abam decide lepak kat tepi2 je sampai gate bukak. Kalau korang nak tahu, dekat KLIA 2, ramai je orang2 luar negara tidur kat lobby tu. Rileks je dorang tidur situ. Maybe Flight dorang awal subuh & tak nak tertinggal flight since Public Transport dekat Malaysia nie tak banyak yang 24jam.
Flight akak pukul 6.30pagi dan sampai KK, pukul 9.10 pagi. Ambek Laguage & Tunggu kereta sewa last2 pukul 11 lah jugak kitaorang keluar dari Airport KK.
On the way, keluar dari Airport dah di temani View yang cantik macam nie, Laut yang membiru, kapal2 dan sebaginya. Kitaorang ber3 ni memang excited kalau nampak air yang biru cantik macam nie. Rasa macam nak terjun pergi mandi je time nie. kikikiki
Punyalah eksited tengok pemandangan, perut pun berbunyi lapar. So, cik abam bawak kitaorang pi makan kat dalam Suria Mall. Dari tepi jalan boleh nampak dah Mall nie.
Lepas makan, kitaorang meneruskan perjalan ke Kundasang, Sabah! Sambil2 tu kitaorang berhenti dekat beberapa kawasan yang memang menarik tertarik, sebabnya memang kita akan jumpa kawasan2 tersebut masa on the way ke Kundasang.
Next Pit Stop adalah Rumah Terbalik, memang akan nampak sign board bila dah dekat2. kalau dari KK, rumah terbalik ni akan berada di sebelah kiri korang. Nak Masuk dalam nie memang eksited sebab rumah terbalik pertama yang di bina di Malaysia. Tapi dekat dalam rumah tu tak boleh ambil gambar, yang boleh ambil gambar adalah kawasan luar2nya sahaja. Dah settle bergambar dekat rumah terbalik nie, kitaorang pun meneruskan perjalanan ke Kundasang.
Disebabkan Sabah nie agak terkenal dengan Jambatan Tanparuli. Kitaorang pun lalulah dekat tepi2 jambatan tanparuli tu sebab nak puaskan hati melihat jambatan yang selalu orang sebut2.
Basically, Jambatan nie hanya menghubungkan dari tepi sungai belah sana dan ke sebelah sini je. Memudahkan perjalanan perjalan kaki. depends pada korang sendiri nak berhenti ke tak kat kawasan nie. Kitaorang decide nak teruskan perjalanan je sebab anjing banyak dekat kawasan2 nie.
Perjalanan Kitaorang diteruskan ke Kundasang, sambil2 melihat kawasan sekeliling dan mencari puncak2 gunung Kinabalu. Nak ke kundasang nie jalan dia agak merbahaya sikit, lebih kurang macam jalan nak naik ke Genting Highlands. Sempit, Banyak kereta dan lain2. By the way, di sekeliling nie memang susah sangat nak jumpa Masjid ataupun surau. Yang banyak adalah Gereja. Dan akak nasihatkan korang supaya beli makanan2 ringan siap2 masa dekat bandar KK. Sebab kawasan kundasang nie sangat dalam dan susah nak jumpa kedai makan yang halal. Even, kedai runcit dia please janganlah expect 7E ke, Speedmart or KK Mart.
Masa nie kitaorang nampak kedai2 tepi jalan yang jual barang2 daripada buloh atau lebih di kenali sebagai Kraftangan. Macam2 ada, cuma duit je kena standby kalau ade yang nak di beli. Kedai2 macam ni takpe lagi kalau nak berhenti, sebab jual barang2. Tapi kalau kedai makan tu, lebih baik korang check dulu betul2 sebelum berhenti sebab kebanyakan kedai memang banyak kereta berhenti sebab dorang jual oink2 panggang (B*B*). Harap2 takde yang tertipu la yer.
Lepas membeli belah dekat sini, kitaorang pun meneruskan perjalanan ke Hotel Kami. J. Residence hotel. Sangat dekat dengan Nabalu Park. Lebih Kurang pukul 4petang kitaorang Check in. Masa tu keadaan macam dah nak dekat maghrib gitu. Walhal kalau kat semenajung, masih terang benderang. Almaklumlah, Sabah nie cuaca dia awal sejam dari kita. So, Waktu solat dorang lebih awal dari Kita.
Kawasan hotel nie, dari luar pun dah nampak signboard dekat belah kanan kita. Tapi... dia kena turun bukit untuk ke bilik kita. Sila memandu dengan berhati2 ye. Kalau tak berani turun ke bawah, boleh je park kereta dekat Luar nie. Pastu jalan kaki turun ke bawah (tak sampai 5min pun).
Lepas beristirehat 30min. kitaorang decide untuk jalan2 kejab di kawasan2 sekeliling Kundasang nie. Tetiba kitaorang ternampak kawasan tanah lapang dekat belah kiri dan kitaorang decide untuk berhenti sekitaka dekat situ. Cun setting punya last2 baru perasan yang dekat belakang tu Puncak Gunung Kinabalu. Macam gambar dekat atas nie, dekat belakang tulah Puncak Gunung Kinabalu, Yeaaaaaayyyy.. dapat tengok puncak, walaupun tak dapat nak daki :)
Selepas hampir 40min bergambar, kitaorang pun teruskan perjalan ke Pekan dan ternampak kawasan Tanah Lapang nie. Dekat Sini, memang ramai giler orang berhenti sebab nak ambik gambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Cantik kan?
Lepas dah bergambar, dah dinner, kitaorang pergi carik kedai runcit dan tergerak nak beli Maggie. Nescafe dah bawak siap2 dari KL, nescafe 3 in 1. Nak tahu kenapa pentingnya Maggie?? Tunggguuuuuuu...
Nie pemandangan masa on the way nak balik ke Hotel. Matahari nak terbenam. Tengoklah sendiri dekat gambar tu jam baru pukul berapa, tapi gelapnya dah macam waktu maghrib. Cantikkan view macam nie?
Nak tahu kegunaan Maggie bila stay dekat kawasan Macam nie? hah, tengokler gambar tu siap kena pakai Stokin dekat dalam & Luar bilik. Dekat Genting/ Cameron pun tak dapat macam nie. Tapi akak tak tahu lah kalau kawasan J. residence nie je yang Sejuk ke ape. Time nie lepas solat maghrib, we olls nak try usha suasana luar bilik. Kitaorang memang pakai macam nie, sambil hirup air nescafe & Maggie. Bayangkan letak dekat luar sekejab je dah sejuk.. hmmmm.. menyesal beli Maggie sorang satu Pack je. nak keluar balik memang malas sebabnya kawasan sini gelap dan takde tempat2 best sangat nak pergi,. Kawasan nie sunyi je di waktu Malam.
Jommmm Tidur... Good Night!
Nak tahu perbelanjaan kitaorang untuk 1st day dekat sini?
Per Pax
Train Putrajaya- KLIA 2 = RM 9.80
Lunch = RM 11.60
Rumah Terbalik = RM 10.60
Dinner = RM 7.80
Snack (Maggie & etc) = 5.00
Petrol = RM 15.00
Kereta Sewa = RM 135.00 (4 Hari)
Flight tiket (Air Asia) return = RM 159.00
Total = RM 353.80
J. Residence = RM 159/ weekend
No comments:
Post a Comment