Friday, 28 October 2016

Prudential Family

Assalammualaikum semua 😉

Perkongsian akak hari ini bukan berkaitan dengan skin care yer tapi berkaitan dengan perlindungan!
Perlindungan ni lebih di kenali sebagai INSURANS. Eahhhhhhh.... chop! Jangan larik pulak bila akak cakap pasal insurans yer sebab akak bukan nak paksa korang beli insurans dengan akak pun. Cuma akak nak cerita dan berikan Kesedaran sikit tentang insurans pada mereka yang belum ada insurans.

Semenjak akak sign up insurans dengan prudential ni banyak info yang akak dapat dari agent insurans akak. Al maklumlah akak ni dulu jenis yang cepat say NO pada agent insurans yer sebabnya akak pikir2 takde sebab untuk akak beli insurans dan company akak sendiri dah provide insurans untuk akak. Jimat kan macam tu?

Tapi cuba korang fikir, company ada provide insurans untuk anak tak? Isteri? Suami? Mak? Ayah? Baby dalam kandungan? Dan kalau akak berhenti kerja macam mana pulak? Masa tu umur akak dah berapa dan berapa pulak kadar bayaran insurans bulanan akak? Jadi bila akak fikir2 balik akak pun buat keputusan untuk beli insurans dari Prudential.

Dan 15hb october akak telah di jemput untuk pergi event Prudential "Prudential Family Fair" di mana prudential menjemput para pelanggan bersama keluarga berhujung minggu di Bukit Kiara.


Ini adalah kad undangan dari Prudential. Tak boleh sembarangan ye, hanya yang bawak kad ini sahaja yang di benarkan masuk.


Lepas dah register nama semua, mereka akan bagi 2bottle air mineral, Voucher makanan dan Booklet untuk main permainan. Setiap permainan ada handiahnya. Yang paling best adalah Lucky Draw!!










 Macam-macam permainan ada, untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Jadi, Mak dan ayah yang datang bawak anak-anak tu tak payah pening kepala nak jaga mereka ke ape. Just let them Be, Main dan terus main. Lepas dah main, kalau menang boleh dapat hadiah! Makanan pulak FOC, tak payah bayar apa-apa. Tunjuk je kupon. 










Masa yang di tunngu-tunggu telah sampai ke kemuncaknya iaitu Cabutan Bertuah, Grand Prize!!




 Nervous gilos masa tunggu dia cabut hadiah ni. 


And.... She is the luckiest one! Gile tak lucky kalau dapat Trip pergi DisneyLand untuk 4 orang! kalau akak lah yang dapat tu, confirm akan excite tak sudah. Tapi bukan rezeki akak kali nie. Lain Kali Maybe.



And last photo of the day is Meraka-mereka ini lah yang terlibat dalam Prudential. Menjadi agent yag membantu pelanggan-pelanggan mereka.

Psttttttt... Dengar cerita Prudential ada plan Baru untuk husband and Wife taw! Plan apa tu? nak tahu kena refer dekat abam-abam prudential lah :)

Dan lagi satu perkara akak nak beritahu untuk mereka yang kurang ambil tahu atau tidak tahu menahu. Insurans Prudential juga menawarkan insurans untuk bayi dalam kandungan! Maksudnya dekat sini, Ibu-ibu hamil 4bulan ke atas dah boleh beli insurans untuk baby dalam kandungan sebagai perlindungan. Bukan orang dewasa sahaja yang perlukan insurans yer, anak kecil pun perlu ada.


Nak tahu lebih lanjut tentang insurans Prudential, apa Pro and Cons Kalau ambil insurans Prudential dan Insurans Lain-lain, Mungkin Abam Faiz kita boleh bantu (016-3030189). 


Bye, 

Tuesday, 25 October 2016

Belajar, Belajar dan Terus Belajar - Make up Event 23/10/2016

Assalammualaikum semua :)

Hari ni akak nak share sikit event yang berlangsung pada minggu lepas iaitu 23.10.2016. Event kami pada hari itu adalah spesifik tentang pengenalan terhadap produk-produk Mary Kay especially Skin Care dan juga make up.



Yang baju biru pegang Mike itu adalah Sales Director Mary Kay merangkap Guru kami padah hari tersebut di mana beliau menerangkan tentang jenis-jenis kulit dan juga asal usul Mary Kay.

Nampak tak bertapa meriahnya kelas kami di hadiri oleh lebih kurang 20 orang guest termasuklah akak yang menyamar sebagai guest pada hari tersebut.


Yeaaaayyyyy!!!! Full House, Ramainya wanita nak cantik, gebu gebas..


Ada orang tanya akak dan beritahu akak, Tak reti make up, tak suka make up dan tak tahu dari mana nak mulakan pembelajaran. Jadi, kat sini akak buktikan bahawa kami sedia membantu anda belajar dari mana nak mulakan penjagaan wajah, dari mana nak mulakan make up dan bagaimana cara yang betul dalam menghasilkan kulit wajah yang glowing dan sihat! 


Step by Step akan di jelaskan dan kami akan praktikkan seperti yang di jelaskan. Nampak tak dekat situ, kami memperolehi Guru yang pakar dalam kecantikan, Bukan main tarah je yer :)


Step by step, dan kami juga di pantau oleh Beauty Consultant. Takkan nak harapkan guru yang seorang sahaja nak pantau semua murid kan? Maka, Setiap meja akan ada Beauty Consultant yang jaga. Seronokkan? Tak faham je tanya, ada masalah je tanya. 


Dah Cantik, Cantik nie apa lagi. Selpie!!! 














Sebelum Balik kita Selpie Lagi! 




Kesimpulannya di sini, Bukan Faktor duit menjadi pengahalang untuk Belajar kerana Kelas Make up ini di adakan secara PERCUMA! yup, ramai yang tanya akak. Betul ker Percuma? Ye, betul.

So, Tunggu apa lagi? nak belajar secara percuma? Nak cantik, Nak belajar? Boleh wassap akak di 013-2180 189, Beauty Consultant Mary Kay.


Love u!

Thursday, 13 October 2016

REMOVE! REMOVE! REMOVE, Terus Hilang- Oil Free Make Up Remover by Mary Kay

Hi U olls!

Hari ni akak nak share tentang pentingnya Make Up Remover dalam kehidupan seharian kita especially nak remove make up di bahagian mata dan juga bibir kita. Ramai yang kurang peduli tentang lapisan kulit mata dan juga bibir di mana mereka menggunakan pencuci muka untuk mencuci segala kesan make up yang ada di Wajah. NO! NO! NO!



Tahukah anda bahawa lapisan kulit di bahagian mata dan juga bibir adalah lebih nipis berbanding di bahagian lain? Di sebabkan itu, bahagian mata dan juga bibir memerlukan produk yang di rumus Khas bagi menanggalkan make up.



Oil Free Eye Make Up Remover adalah produk khas untuk penjagaan mata. Di mana ianya bertidak sebagai pembersih/pencuci mata selepas di solek sepanjang hari,

Kalau kita perhatikan betul Oil Free Make Up Remover by Mary Kay ni kita akan nampak 2 lapisan yang berbeza. Lapisan atas berfungsi bagi menanggalkan solekan mata kalis air (Waterproof Make Up) dan fasa bawah menanggalkan solekan mata tidak kalis air (Non Waterproof Make up).

Jika anda perasan, Sesetengah produk Make up Remover memerlukan kuantiti yang banyak untuk remove make terutama jika make up tersebut adalah waterproof (Kalis air) dan akibatnya mata anda akan terasa lebih berminyak. Akan tetapi, Make up Remover dari Mary Kay ini perlu di oles sedikit sahaja di atas kapas untuk menanggalkan make up kalis air.






Selain dari itu, kebanyakkan Make up Remover terdiri dari bahan utamanya iaitu MINYAK. Di mana ia akan menyebabkan mata anda berasa seperti lebih berminyak tatkala menggunakan MAKE UP REMOVER! sebab itulah akak tak suka pakai make up remover pada dahulu kala sebab rasa berminyak dan comot di bahagian mata setiap kali menanggalkan make up. Lain Pula dengan Make up Remover dari Mary Kay di mana ianya tidak berminyak (Kalau berminyak, Korang carik akak balik ok?) dan Make up senang tanggal. Tak kisah lah betapa waterproofnya make up tu, It's still boleh tanggal dalam beberapa saat je. Best Kan?

MANFAAT & KEISTIMEWAAN 

* Menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut, termasuk mekap kalis air
* Tidak menyebabkan kulit terasa berminyak
* Formula dua fasa bebas minyak ini berkesan menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut.




Oleh kerana Make Up Remover ini mempunyai dua lapisan, Maka anda perlu goncangkannya terlebih dahulu sebelu menggunakannya. Best taw main goncang2 sebelum guna ni. GONCANG! GONCANG! GONCANG!




Mary Kay Make Up remover ini best dan patut korang beli sebab salah satu kandungan bahannya adalah silikon yang mana membantu menegangkan lapisan mata bermaksud lapisan bawah mata korang nampak lebih segar dan lebih muda dan juga menghalang dari munculnya Garis-Garis halus (Tanda-Tanda Penuaan). Selain itu, yang bestnya ia juga membantu menghalang kemunculan OIL SEEDs di bahagian mata. OIL Seed tu apa? tu hah macam dalam gambar, ada bintik2/ biji2.

Last but Not Least ingat pesan akak ye Kulit di bahagian mata mengandungi kelenjar lemak yang sedikit dan lapisan kolagen dan elastin yang lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka. Apabila usia meningkat, lapisan lemak di bawah dermis akan mengecut, menyebabkan kulit kelihatan lebih tipis dan cengkung di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di bahagian bawah mata ini pastinya memerlukan perhatian yang lebih teliti.

Jadi, Pada usia muda ni lah waktu yang sesuai untuk kita jaga kulit-kulit kita daripada cepatnya berlaku tanda-tanda penuaan. Well, Wanita mana yang nak rasa diri dia tua kan? So, Cepat2 lah korang insaf dan belajar cara-cara untuk menjaga kulit especially bahagian mata sebab kalau terlambat proses pemulihannya bukannya sehari dua yer.

Sampai di sini sahaja perkongsian akak untuk hari ini. Jaga Hati, Jaga diri, Jaga Iman dan apa2 roger akak ok?!



Tuesday, 11 October 2016

Putih- Putih Melati, Melacep Plus by Mary Kay

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni akak perasan banyak sangat Produk2 pemutihan yang ada di pasaran. Kalau dulu, ada brand Safi, Fair and Lovely tapi sekarang ni ada wonder glow, senah glow, timah glow dan lain2. Produk pemutihan ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan gittew.

Jadi, hari ini akak nak cerita sikit pasal Produk Mary Kay "Melacep Plus" di mana produk ni sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kulit putih dan juga glowing dari dalam.



Melacep Plus ini terdiri daripada 5 langkah mudah bagi menghasilkan kulit yang sihat, bersih, putih dan glowing.

Langkah Pertama adalah Menggunakan Mary Kay Melacep Plus Foaming Cleanser. MelaCEP Plus+™ Luminous Complex di rumus khas dengan ekstrak edelweiss, ekstrak algae dan vegetable amino acids bagi membantu :

* Mengeluarkan bendasing dengan berkesan
* Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit seterusnya
* Membantu kulit dapat menyerapkan produk penjagaan kulit dengan lebih baik
* Menyerikan kulit kusam


Langkah ke dua adalah MelaCEP Plus+™ Freshener. 

* Kulit menjadi lebih cerah dengan segera
* Kilauan kulit seumpama menyerlah dari dalam ke luar
* Kulit berasa bersih
* Ketidaksekataan kulit kelihatan tidak ketara.
* Dapat menyerap dengan cepat
* Tidak berasa berminyak atau melekit
* Lembut dan sesuai digunakan setiap hari

Langkah ke tiga adalah MelaCEP Plus+™ ULTIMATE SERUM. 

* Ekstrak bunga edelweiss menyerlahkan kecantikan kulit jernih.
* Menambahbaikan tampilan kulit lebih cerah, tekstur dan bintik-bintik hitam* secara ketara.
* Generasi baharu bagi kecerahan dan kejernihan yang dicipta khas untuk menggantikan kedua-dua produk MelaCEP® Essence dan Dark Spot Serum.

Langkah ke Empat adalah MelaCEP Plus+™ Ultimate Cream. 

* Memberikan kelembapan dengan segera
* Menambahbaikan kecerahan kulit dengan ketara, keseluruhan tampilan dan tona tidak sekata selepas menggunakannya sepanjang 4 minggu*
* Dapat diserap dengan cepat oleh kulit
* Menyerlahkan kecerahan berseri

Dan Langkah Terakhir adalah menggunakan MelaCEP Plus+™ Mask. Bahan Utama Tambahan bagi menghasilkan masker ini adalah Ekstrak cendawan Shiitake; Sesetengah cendawan, seperti Shiitake, mengandungi enzim yang terkenal dengan sifat-sifat penulenan.

* Meningkatkan kecergasan kulit
* Kulit menjadi lebih cerah dengan segera
* Menyekatakan tampilan kulit
* Guna 2-3 kali seminggu sebagai sebahagian daripada MelaCEP Plus+™ Luminous System

Jika kebaikan berikut adalah yang anda impikan selama ini, Maka buatlah pilihan yang tepat dengan menggunakan MelaCEP Plus+ Luminous System yang lengkap :

* Kulit kelihatan lebih jernih
* Tona kulit kelihatan lebih sekata
* Mencerahkan kulit dengan segera
* Kulit kelihatan lebih cerah dengan segera
* Meningkatkan tahap kecerahan kulit
* Menambahbaikan kejernihan kulit
* Kulit kelihatan lebih bersih berseri
* Membantu kulit mengembali dan mengekalkan kejernihan wajah
* Membantu meningkatkan tahap kilauan
* Menambahbaikan tampilan keseluruhan kulit






Eahhhh... choppppp!!!! Cleo telah mengikhtiraf  MelaCEP Plus+™ ULTIMATE SERUM as Best Whitening Serum for Smooth Skin.

So, Korang tunggu apa lagi?? jomlah cuba produk yang best gilos nie.. :)

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...