Hari ni akak nak share tentang pentingnya Make Up Remover dalam kehidupan seharian kita especially nak remove make up di bahagian mata dan juga bibir kita. Ramai yang kurang peduli tentang lapisan kulit mata dan juga bibir di mana mereka menggunakan pencuci muka untuk mencuci segala kesan make up yang ada di Wajah. NO! NO! NO!
Tahukah anda bahawa lapisan kulit di bahagian mata dan juga bibir adalah lebih nipis berbanding di bahagian lain? Di sebabkan itu, bahagian mata dan juga bibir memerlukan produk yang di rumus Khas bagi menanggalkan make up.
Oil Free Eye Make Up Remover adalah produk khas untuk penjagaan mata. Di mana ianya bertidak sebagai pembersih/pencuci mata selepas di solek sepanjang hari,
Kalau kita perhatikan betul Oil Free Make Up Remover by Mary Kay ni kita akan nampak 2 lapisan yang berbeza. Lapisan atas berfungsi bagi menanggalkan solekan mata kalis air (Waterproof Make Up) dan fasa bawah menanggalkan solekan mata tidak kalis air (Non Waterproof Make up).
Jika anda perasan, Sesetengah produk Make up Remover memerlukan kuantiti yang banyak untuk remove make terutama jika make up tersebut adalah waterproof (Kalis air) dan akibatnya mata anda akan terasa lebih berminyak. Akan tetapi, Make up Remover dari Mary Kay ini perlu di oles sedikit sahaja di atas kapas untuk menanggalkan make up kalis air.
Selain dari itu, kebanyakkan Make up Remover terdiri dari bahan utamanya iaitu MINYAK. Di mana ia akan menyebabkan mata anda berasa seperti lebih berminyak tatkala menggunakan MAKE UP REMOVER! sebab itulah akak tak suka pakai make up remover pada dahulu kala sebab rasa berminyak dan comot di bahagian mata setiap kali menanggalkan make up. Lain Pula dengan Make up Remover dari Mary Kay di mana ianya tidak berminyak (Kalau berminyak, Korang carik akak balik ok?) dan Make up senang tanggal. Tak kisah lah betapa waterproofnya make up tu, It's still boleh tanggal dalam beberapa saat je. Best Kan?
MANFAAT & KEISTIMEWAAN
* Menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut, termasuk mekap kalis air
* Tidak menyebabkan kulit terasa berminyak
* Formula dua fasa bebas minyak ini berkesan menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut.
Oleh kerana Make Up Remover ini mempunyai dua lapisan, Maka anda perlu goncangkannya terlebih dahulu sebelu menggunakannya. Best taw main goncang2 sebelum guna ni. GONCANG! GONCANG! GONCANG!
Mary Kay Make Up remover ini best dan patut korang beli sebab salah satu kandungan bahannya adalah silikon yang mana membantu menegangkan lapisan mata bermaksud lapisan bawah mata korang nampak lebih segar dan lebih muda dan juga menghalang dari munculnya Garis-Garis halus (Tanda-Tanda Penuaan). Selain itu, yang bestnya ia juga membantu menghalang kemunculan OIL SEEDs di bahagian mata. OIL Seed tu apa? tu hah macam dalam gambar, ada bintik2/ biji2.
Last but Not Least ingat pesan akak ye Kulit di bahagian mata mengandungi kelenjar lemak yang sedikit dan lapisan kolagen dan elastin yang lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka. Apabila usia meningkat, lapisan lemak di bawah dermis akan mengecut, menyebabkan kulit kelihatan lebih tipis dan cengkung di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di bahagian bawah mata ini pastinya memerlukan perhatian yang lebih teliti.
Jadi, Pada usia muda ni lah waktu yang sesuai untuk kita jaga kulit-kulit kita daripada cepatnya berlaku tanda-tanda penuaan. Well, Wanita mana yang nak rasa diri dia tua kan? So, Cepat2 lah korang insaf dan belajar cara-cara untuk menjaga kulit especially bahagian mata sebab kalau terlambat proses pemulihannya bukannya sehari dua yer.
Sampai di sini sahaja perkongsian akak untuk hari ini. Jaga Hati, Jaga diri, Jaga Iman dan apa2 roger akak ok?!
No comments:
Post a Comment