Wednesday, 29 April 2020

Resipi Burnt Cheesecake Mudah, simple dan Sedap

Assalamualaikum... yuhuuuuuu...

Bulan2 puasa ni mesti teringin macam2 kan. Tak kurang jugak nisa lepas berbuka semalam terus rasa nak makan kek. Tapi nak membeli rasanya macam tak berbaloi di kala malam. Especially, musim2 PKP tak banyak kedai yang bukak.

Jadinya, buat sendiri jela senang and mengikut selera tekak sendiri macam tu!



Tadaaaa... ini lah hasilnya! 

Okayyy.. resipinya 👇🏼
  •  250gram cream cheese (nisa pakai tatura) 
  •  100gram Gula 
  • 2 biji telur 
  •  Setitik atau 1/2 sudu kecil (sikit jer essence vanilla) 
  •  1 sudu tepung gandum 
  •  115ml whipping cream (nisa pakai emborg) 

Di sebabkan takde ambil gambar bahan2nya, hanya ambil gambar kek & mixer sahaja. Jadi, semuanya gambar sumber google 😍

Cara2nya adalah : 
- Panaskan Oven 200’c selama 10min 
- Guna mixer untuk adunkan Cream cheese sampai dah cair berkilat2. Cream cheese kena keluarkan awal supaya dia lembut sebelum di adun yer. Kalau takde mixer boleh gak adun pakai tangan jer tapi kena gigih dan sado sikit lah 😅
- Campurkan gula & gaul sebati.
- tambahkan telur satu per satu dan gaul sebati 
- tambahkan whipping cream dan gaul sebati 
- Tambahkan tepung & essence Vanilla serta gaul sebati. 

Dah agak2 cair and semuanya dah gaul sebati. Boleh lah masuk dalam loyang/ bekas makanan

Last step paling penting, make sure lapikkan loyang dengan Baking paper supaya tak melekat! 

Bakar pada 200’c selama 50minit. Pada minit terakhir  tukarkan oven pada api atas sahaja untuk effect burnt! 


Pastikan adunan betul2 cair macam ni, baru tuang dalam loyang yer 😍


                                                           Selamat masuk Oven!


Effect burnt ni terpulang lah, nak burnt medium ke, light2 ke atau lagi burnt lagi sedap sebenarnya sebab dia tak pahit oun. Sedap jer ☺️

Dah siap jangan terus makan atau potong yer! Biar kat luar selama 20minit, kemudian masukkan dalam peti ais dah biarkan selama 2jam sebelum di hidangkan! 

Selamat Mencuba ☺️

No comments:

Post a Comment

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...