Thursday, 22 September 2016

Jerawat VS wanita

Assalamualaikum semua :)

Rasa macam dah lama gila akak tak update apa2 dekat blog ni. Sorry lah sebabnya nak update blog ni kena tengok mood dan masa jugak takut2 tengah sibuk menaip sekali ada kerja lain pulak. Jadi leceh dan hajat tak kesampaian pulak kan?

hehehehe..


Hari ini akak nak cerita pasal Jerawat! Siapa yang takde masalah jerawat kan. Especially kalau kaum hawa dan waktu bulan mengambang.

Kenapa jerawat hadir dan apa faktor-faktor yang menyumbang kepada jerawat?
Sebenarnya jerawat berlaku sebab perubahan hormon yang hadir pada badan kita. Biasalah kaum wanita kan, adakalanya ada pasang surut macam mood jugak. Bila tengah period tu kadang2 asyik nak marah2 je tapi lepas dah habis period muka terus senyum sampai ke Telinga.




Akak pun sama je macam kaum hawa yang lain. Tak terlepas dari kehadiran jerawat tapi akak dah jumpa jalan penyelesaian tiap kali jerawat hadir. Kadang-kadang bila kita cuci muka tak bersih pun boleh menyumbang kepada kehadiran jerawat! Sebab tu lepas make up, lepas keluar rumah kita kena cuci muka bersih-bersih. 




Penyelesaiannya adalah Mary Kay Spot Solution! Senang je taw nak apply acne spot solution sebabnya calitkan je dekat jerawat tu yang mana biasanya akak apply masa nak tidur. Akak just letak dekat spot2 tertentu lepastu tidur dan besok paginya akak bangun je tengok2 jerawat dah kering! Yeaaaaayyyy.. takde dah bukit bukau di wajah!

Tapi mesti ramai yang tak percaya kan? Takkan sekejab je dah hilang! Ini serius taw, kalau siapa2 yang nak cuba boleh direct contact akak lepastu akak bagi Free Trial. Kalau jerawat tu still ada akak mengaku bersalah, tapi kalau jerawat tu hilang, Korang yang bersalah sebab tak percaya cakap akak!
haaaaa... cam ne?






Set Acne ni di khaskan untuk mereka yang ada masalah jerawat sepanjang zaman, Contohnya bila satu jerawat dah hilang, tumbuh jerawat yang lain pulak. Yang tu memang kena kaji jenis kulit dan faktor mengapa jerawat suka hadir di wajah kita.

Set Acne di lengkapi :-

Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin membantu mengurangkan minyak berlebihan dan menghalang kulit mati permukaan daripada terkumpul di dalam pori.

Pore Purifiying Serum yang bertindak sebagai serum yang membantu mengawal minyak yang menyebabkan jerawat. Ia juga membantu mengurangkan penampakan pori dan kilat muka.

Spot Solution for AcneProne Skin mengatasi kecelaan sedia ada dan membantu mencegah bakal letusan kulit dengan mengelupas kulit secara lembut.


Mesti ramai yang cakap, banyaknya nak kena pakai! Bukan macam tu, kalau korang adalah jenis kulit yang bukan kerap hadir Jerawat, Apply Acne Spot Solution je dah cukup. Tapi kalau nak kulit lebih mulus dan Tulus korang boleh cuba Trial Pack yang kecil tu. Bila korang rasa teruja dengan perubahan wajah korang, Korang boleh beli set yang besar pulak.


Haaaaa... Gittew!


Maaf kalau entri kali akak straight to the point je cakapnya yer bukan sebab apa cuma kadang2 akak kesian tengok orang yang ada jerawat lepastu nak jumpa orang lain. Akak ni perempuan akak Faham sangat confident level seseorang bila Jerawat Penuh satu muka. Jadi, Jom bina keyakinan diri dan buang masalah jerawat jauh2 sebab setiap wanita itu berhak untuk kelihatan Anggun dan Cantik!


Let's be Confident!

Sunday, 18 September 2016

Light Sensation at MAEPS, Serdang

Assalammualaikum korang semua!

Best kan weekend macam nie. Hari isnin tempoh hari cuti Raya Haji dan Hari ni, Jumaat cuti sempana Hari Malaysia 16 September. So, weekend yang panjang ni korang berjalan ke mana?

Akak decide untuk pergi Light sensation dekat Maeps serdang yang mana alang2 orang dok kecoh cantik dan ala2 taman dekat korea nun sana.


Tiket ni akak dapat dari Contest "Pengurusan Jenama Utusan/Kosmo" jadi dekat situ akak dah jimat dah. Hehehhee

Tiket masuk ni kalau beli online RM23.50/dewasa dan RM8.50 untuk kanak2. Nak beli masa dekat Maeps pun boleh cuma kena beratur panjang jela dan harganya mungkin murah sikit dari beli online.

Perjalanan masuk ke Maeps nie agak jauh ke dalam sebenarnya dan kereta pulak kena parking agak jauh tapi jangan risau sebab perkhidmatan shuttle di sediakan. Macam akak ni akak naik motor je sebab akak rimas nak cari parking kereta lama2.





Akak dah ada tiket jadi akak kena beratur dekat lane 1 untuk dapatkan wristband dan juga borang lucky draw.





Dah submit borang lucky draw kami pun teruskan perjalan ke kawasan padang di mana kawasan bunga2 ros putih yang beribu2 di tanam dan di hiasi lampu!






Ini adalah menara tinjau yang mana kita boleh nampak seluruh kawasan Maeps yang di terangi dengan lampu


View dari atas menara!


Lepas je turun dari Menara kita pun terus cari tempat bunga2 ros tu dan ada pelbagai kawasan yang korang boleh ambil gambar. contoh macam yang dekat belakang tu tapi kena beratur la kalau nak ambil gambar. Kitaorang tak sanggup nak beratur jadi selpie macam nie jela. hehehehe


orang dekat belakang tu interframe ler pulak! hahahaha...


Yeayyyyyy.. dah masuk kawasan bunga2 ros! cantik yang amat sangat. Penuh dengan bunga ros putih satu kawasan nie. 










Bunga2 ros ni telah di buat menyerupai kelopak bunga Raya iaitu Bunga Rasmi Malaysia! jadi ini adalah gambar atas bunga raya. Cantikkan bentuk dia? 



yang ini pulak adalah 5 bentuk kelopak Bunga Raya!








Cantikkan Bunga ros ni?












Jatuh cinta dengan perkataan "LOVE" nie rasa macan dekat oversea pulak! 




 Dah settle bergambar dekat atas kitaorang nak pi jalan2 dekat bawah pulak yang mana ada banyak food truck.




Tengoklah tu betapa ramainya orang dekat sini. Ini baru sahaja kawasan food truck, tapi mostly yang meniaga dekat sini adalah Chinese. Kalau nak beli air dekat sini pun, air mineral kecik rm3.00 mungkin agak mahal sebab kawasan sini kawasan tarikan.

Manakala parking kereta pulak kalau parking dekat bawah RM5.00 lepastu boleh naik shuttle yang di sediakan. Nak naik shuttle tu sila beratur ye sebab kesian dekat orang lain yang dok beratur tu. Next parking yang di sediakan dekat belah atas RM10.00 yang ni dekat sikit dengan pintu masuk.

So, pada yang belum pergi lagi bolehlah try2 usha harga tiket dan jalan2 dekat sini.

Bye...


My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...