Thursday, 20 February 2020

BEBOLA Sedap & Senang untuk si manja

Assalammualaikum and Good Morninggggg...

Selalu bersiaran pasal MARY KAY jadi hari ni nisa nak larik topik kejab 😉😉. 

Nisa nak kongsikan Resepi BEBOLA SEDAP & MUDAH untuk santapan anak2 😋😋

Actually, ni kali ke 2 nisa cuba buat resipi ni jadi ada olahan dan Alhamdulillah kali ni menjadi malahan di sukai ramai 🥰🥰

RESIPI BEBOLA SEDAP
  • 2 senduk NASI
  • 1 Biji kentang 
  • 1/2 batang carrot
  • 2 ladu Bawang Merah @  1/2 bawang holland 
  • Cheese slice / cheese cube 
  • 1 biji telur
  • Garam/cukup rasa
  • Breadcrumbs/oat/ nestum
Cara-Caranya 
  • Kukus/ rebus kentang & Carrot sampai lembik
  • Angkat dan letak pada bekas, kemudian ramas2 sehingga lumat/ guna food processor pun boleh
  • Tambahkan bawang yang telah dipotong dadu
  • Masukkan nasi
  • Masukkan cheese slice, ni je yang ada dekat rumah waktu kejadiaan 😂
  • Semuanya di gaul sebati sampai masing2 bergaul2 mesra,
  •  masukkan “maggie cukup rasa” dan gaul sebati
  • Semua dah sedang2 untuk di bentukkan, bolehlah buat bentuk hati/ bola/ jejari. Ikut suka nak buat apa biar bagi cantik & senang anak2 nak pegang 
  • Kalau lembik, boleh tambah nasi biar padu sikit 😋
  • Dah siap bentuk, celurkan dalam telur, gaulkan atas Oat/ nestum/breadcrumbs
  • Panaskan minyak, kemudian goreng sehingga kekuning-kuningan
  • Sedia untuk di hidang dan di santap oleh anak2 dan mak bapak budak 🥰








Sekian sahaja perkongsian nisa untuk memudahkan urusan anda. Sayur boleh pelbagaikan untuk lebih sedap. Macam brokoli atau tambahkan juga isi ayam/ sotong atau pun udang. Marvellous! 

Tambah pulak buat bebola, letak udang 1ekor tambah cheese cube! Mesti terangkat 😋

Bukan anak2 je suka, mak & bapak pun join sekali 🥰

Kalau ada lebihan, boleh di frozenkan.. goreng sikit2 kuning je kemudian tunggu sejuk and simpan dekat tempat frozen. Bila nak masak, boleh terus goreng! Mudaaah 🤗



No comments:

Post a Comment

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...