Friday, 2 August 2019

Teratak Ayah & Bonda

Assalammualaikum and Good Morninggggg 🤗🤗🤗

U olls sihat ke? Dah lunch? 

Di hari Jumaat ni, mood berkobar2 bila nak tunggu weekend especially nak balik kampung! 

Eksited sangat sekarang since rumah Ayah & Mak kat kampung dah siap and dah boleh didiami 🥰🥰

Alhamdulillah, rezeki buat Ayah & Emak. Memang ini impian mereka lepas ayah pencen sebenarnya. Jadi, kami anak2 ni layankan jela walaupun agak jauh sikit dari kami 😪😪

Selalunya nak jumpa ayah & emak kita balik puchong je tapi kali ni kita kena tempoh perjalanan 2jam untuk sampai ke sekinchan, Selangor 😅

Jommmm, tengok2 sekitar view rumah baru Ayah & emak 🤗


Seorang Aisyah yang eksited sebab rumah nani/ nana masih lapang. Takde Perabot lagi. 


Kelapa Fresh dari Kebun. 

Sebenarnya ayah & emak ada tanam pelbagai jenis pokok eg : pokok kelapa, pokok pisang, pokok durian, pokok kendondong dan macam2 lagi lah. 


 Mertabak, beli sajalah. kikikiki



Mak eksited anak2 & Cucunya balik. Terus nak masak ketam.




Teratak Ayah & Emak. 



Jemput Makan ye 



Layan Ikan Goreng fresh2 dari Laut. 


Durian Kampung. 


Malamnya pulak, Nek lang & Tok lang datang ziarah rumah baru. 

Fuhhhhh.. lega, perabot sempat sampai & sempat tolong mak & ayah kemas rumah. 

Sebenarnya, tiada perkara yang lebih indah dari melihat senyuman dari Ayah & emak. Bahagia melihat mereka tersenyum. Bahagia melihat mereka Bahagia 💖

Di usia begini, biarlah emak & ayah berehat di kampung menanti kepulangan anak2nya & semoga anak2 senantiasa mengingati Ayah & emak yang telah berkorban dalam melahirkan anak & membesarkan anak ☺️

Benarlah kata orang, emak seorang boleh jaga 5orang anak tapi anak 5orang belum tentu mampu untuk menjaga seorang emak 😭😭

Semoga kita semua di beri kesempatan dalam membahagiakan kedua ibu bapa kita 🤗

Sayang Ayah & Emak 💖


No comments:

Post a Comment

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...