Friday, 13 July 2018

Mary Kay Cruising Beyond Red (24 June 2018- 27 June 2018) - Day 1

Assalammualaikum and good Morning, 

Adesssss... Bersawangnya lahai blog Nisa ni ye. Almost 1 year jugak kowt tak hupdate apa2 dekat blog ini. Ampunnnnnnnn.. Kebuzian melanda diriku. Maklumlah baru jadi emak2 kan. Masih dalam process sesi suai kenal dengan keadaan gittew!

How are YOU? 

Feeling Great? 

Feeling Awesome? 

Feeling wanna Fly? 

I believe I can Fly, I believe i can touch the sky! hambooooiiii.. termenyanyi pulak. kikikiki... 

Disebabkan nisa lama menyepikan diri dalam dunia blog. JANGAN di sangka nisa tak active bermedia sosial ye. Nisa masih lagi sama cumanya kekangan masa untuk update blog. Jooommmm.. Follow nisa punya FB/ Instagram for more updates :)

Sepertimana tajuk di atas, cewaaaahhhh.. skema gittew kan!

Entri Kali ini nisa nak share sedikit pengalaman nisa menaiki Cruise Bersama MARY KAY yang di SPONSOR 100% Dari Pihak Mary kay :)
Seperti mana yang anda maklum, nisa adalah salah seorang daripada 73,000 Beauty Consultant Mary Kay dia Malaysia. 

Trip Cruising Beyond Red adalah Trip yang di khusu Khas untuk semua Beauty Consultant dari 6 buah negara (Malaysia, Singapore, Philiphines, Korea, Australia & Taiwan)

Tapi di antara 6 buah Negara, Malaysia paling meriah dengan 800 orang Achievers (Beauty Consultant). Negara lain menyumbang beberapa Ratus orang. dan Total Beauty Consultant di atas Cruise terbabit adalah 1,500 orang! 

meriahhhh kan :)

Jommm.. Tengok apa yang best dengan Trip MARY KAY! 1st time kan, so kita eksited lebih lah. gittew. 


Kami dah sampai di Bousted Cruise Centre! Dekat sini lah orang nak naik cruise akan berkumpul. Bukan yang dekat Pelabuhan ada banyak kontena tu ye :)





Nampak je banner belakang tu terus eksited! ambik gambar dulu dengan emak & ayah :)




Geng2 Mary Kay Achievers :)




Yeyyyyyyyy... I did it!


Byeee.... Dah nak naik cruise dah!

kita bergambar dulu dengan pemandangan kapal nie yer. 

actually, masa nak masuk dalam kapal ni. Staff2 Cruise nie kemain joget2 bagai sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan kami. Dengan Music yang rancak sampai lupa lah nak kena tinggal anak & suami. 




done check in, sementara tunggu lagguage dorang hantar dekat bilik. Jom.. jengjalan and pergi Lunch dulu :)


Lunch yang sangat heaven! makan lah seberapa banyak yang mahu.

yang penting habiskan taw! jangan membazir please.


Nyummmyyyyy... My favourite! Dessert :)




Dah sesedap makan lunch. Kita pi masuk bilik kejab.


My Room : 6103.. Alhamdulillah, tak dapat yang ada tingkap sebab takut memalam tetiba nampak yang bukan2 dekat tengah laut. heheheheh.. penakut lah katakan,



Bilik dalam cruise ada yang katil single or queen jugak taw. Depends pada keadaan dalam bilik. macam bilik yang nisa dapat ni sebenarnya boleh jadi 3 katil.

Salah satu katil kami boleh di jadikan double dacker. So, yang bercuti dengan family ramai tu senang lah.





Lepas check in bilik, kami di beri keterangan tentang "Emergency" kalau ada berlaku di atas kapal.

ini adalah activiy wajib di atas kapal!



memang semua orang di berikan safety vest ni untu try pakai and dalam bilik memang di provide safety vest.

Keselamatan kami menjadi keutamaan mereka!





lepas je habis je "Emergency" exit tadi kami terus ke education bersama mentor2 hebat dari Mary Kay. nak berjaya kena ada ilmu kan.


My Room matte dari penang. Seronok dapat jumpa sisters2 dari Mary Kay :)


learn from good leader. lead by example. cuba teka berapa umur beliau?



Alhamdulillah, banyak ilmu yang kami dapat selama beberapa jam. Walaupun education kami dari pukul 3.30 petang sampai 7malam sahaja. Tapi banyak sangat ilmu yang kami pelajari. Best! Best! Best!


wowwwww... Kapal Mary Kay! So, malam pulak activity kami is Dinner sambil lepak2 tengok Bintang dan ingat pada cik ABANG!

Rinduuuu oiiiiii.. lebih2 lagi rindu pada si debab ummie. NUR AISYAH ATHIRAH QAISARA!


Dah kenyang, kita lepak2 dekat deck paling atas sekali. Ambik angin, syiooookkkk je!

yang dekat bawah pulak tengah pulun PARTY!




Dah kenyang dan masing2 penat sebab hari 1st. Walhal memasing rindu dekat laki & anak2.

so, GOOD NIGHT!






jumpa esok pulak ye.. ke PHUKET kita :)

No comments:

Post a Comment

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...