Dah lama rasanya akak tak pergi bercuti. Last akak pergi bercuti bulan 5 haritu sebab cik abam yang ajak pi penang.
So, kali ni kami pun decide untuk pergi bercuti dekat2 dengan bangi je iaitu Melaka.
Haritu Pengurusan jenama utusan /kosmo ada open contest dan Alhamdulillah rezeki akak dan suami dapat tiket free ke Occenarium melaka dan juga sky tower. Kebetulan beberapa bulan lalu kami dah book Syaz Meridian hotel di bandar hilir Melaka. Jadi kami pun pilih tarikh 2 okt untuk pergi ke occenarium.
Pukul 11malam 1 oktober kami bertolak dari bangi dan bermalam di RNR jejantas Ayer Keroh. Pukul 6 pagi kami bangun mandi dan bersiap untuk meneruskan perjalanan kami. GOOGLE tempat sarapan pagi yang menarik dan akhirnya kami berkenan dengan "Roti Canai kayu Arang".
Memula masuk Gerai ni je kami mencari-cari tempat duduk. Memang FULL House taw! kebanyakkan yang datang pun kena carik-carik tempat duduk dulu dan ada yang kena menunggu orang lain siap makan dulu lepastu cepat-cepat duduk.
Aneka lauk-pauk untuk di pilih dan juga kuih muih.
Cik abam kita terselit di anatara gadis-gadis. Memang penuh, nak bayar, nak order.
Satay pun ada di pagi hari taw!
1st time try nasi lemak ada sayur kangkung. Sedap!
Cik abam yang gigih membakar roti canai demi customer2nya.
Nampak tak putih-putih tu? Tu lah habuk kayu arang yang mereka gunakan untuk membakar roti canai.
Last akak ambil gambar kat sini. Memang nampak kan betapa meriah dan Full Housenya Restoren nie.
Kesimpulannya Makanan dekat kedai nie sedap. Akak puas hati dengan makanan dia tapi kalau korang adalah insan yang kekurangan sikap "Kesabaran" mungkin korang boleh lupakan niat nak datang sini. Almaklumlah, pelanggannya agak ramai jadi makanan pun agak lambat sampai. Nasi lemak cepat je sampai tapi roti canai dia agak lama nak menunggu sebab mostly orang akan Try Roti Canai dia.
Roti Canai Telur : 4/5
Nasi Lemak sambal sotong : 4/5
Roti Kosong : 4/5
Kalau akak, In Shaa Allah, akak akan repeat lagi tempat ni walaupun agak ramai dan agak lambat dapat roti canai. SEDAP!
Korang boleh Waze restoren nie yer :)
Lot 459, Kampung Bakar Batu Mukim,
Bachang, Melaka.
Waktu Operasi : 6.30pagi - 12 tengah hari.