Monday, 10 October 2016

Mary Kay Semi Matte Gel Lipstick

Assalamualaikum semua :)


Korang sibuk ke di hari Isnin yang indah nie? Akak hari nie nak buat review sikit tentang Item yang paling hot gedebu gedebas dekat Mary Kay sekarang ni di mana item ni memang sekejab je out of stock. Selepas 2minggu di lancarkan lipstick nie telah pun mendapat sambutang hangat dari orang ramai di mana dia telah di jual sehingga kehabisan stock. 

Nak tengok warna2 lipstick dia? 


antara color yang paling top top meletop adalah :-

1) Always Apricot 
2) Muve Moment
3) Poppy Please
4) Powerful Pink
5) Midnight Red
6) Crushed Berry 
7) Rich Truffle
8) Bashful You

Nak tahu kenapa lipstick ni best? 

Warna yang tahan lama. Tekstur gel yang selesa. Gincu yang pastinya bibirmu cintai.  

• Gincu Gel yang memberikan kebaikan pemakaian tahan lama tanpa mengeringkan bibir. 
• Rona yang berpigmen tinggi menawarkan warna yang mempersona. 
• Formula yang lembut seumpama baldu. 
• Memberikan kesan fokus lembut.

SAINS DI SEBALIK PRODUK: 

Warna Menawan Dan Mudah Dioles – Pigmen kecil yang dapat terap pada bibir selama 24 jam menawarkan warna yang kelihantan licin dan mempersonakan pada bibir. Tambahan pula, pigmen pada permukaan gincu ini khas dibalut dan ditransformasi kepada format gel untuk menawarkan pengolesan yang lancar. 

Warna Tahan Lama – Dengan penggunaan “Teknologi Cushion Matrix” terkini, gincu ini mengandungi mikrosfera silika yang amat kecil agar dapat menerap dan mengekalkan warna pada permukaan bibir. Ujian pengguna telah mengesahkan bahawa warna gincu ini tahan lama serta tidak tanggal warna, dan tidak mengeringkan bibir.

Kesan Fokus Lembut – Pemencar optikal mengaburkan cahaya untuk mencipta tampilan yang lembut serta kesan fokus lembut pada bibir, mengurangkan tampilan kedutan pada bibir. Peningkatan optikal ini juga menggelakkan pengolesan yang comot dan meleleh. Melembapkan bibir – Kawasan bibir yang halus ini cenderung kehilangan kelembapan.




 Itulah sebab Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick mengandungi bahan-bahan seperti minyak bunga matahari dan ester jojoba untuk melembapkan bibir. 

Best Gilos Lipstick nie awak2 semua, Dan yang paling penting harga lipstick nie jauh lebih murah dari jenama2 lipstick yang terkenal di Malaysia! Kenapa nak bayar lebih jika kualiti yang baik boleh di dapati pada harga yang jauh lebih rendah? Renung-renungkanlah yer :)





No comments:

Post a Comment

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...