Wednesday, 10 August 2016

Menegenal Pasti Jenis-jenis Kulit wanita anggun

Assalamualaikum & Salam Ceria semua!!!!!


Mungkin ada di antara kita semua yang sedang tercari-cari dan juga mencari-cari fakta sebenar dalam memahami jenis-jenis kulit kita. Sebenarnya, amatlah penting bagi setiap individu mengetahui keadaan kulit mereka sebelum membeli sesebuah produk kecantikan bagi mengelakkan kesan-kesan yang tidak sepatutnye.


well, semua org ingin cantik Bukan??? jadi, ayuh kita fahami jenis kulit kita sebelum mencuba produk baharu... :)


Kulit Kering

Kulit kering adalah keadaan di mana keadaan pori-pori muka adalah kecil dan terdapat garis-garis halus di bahagian kiri dan kanan mulut terutama apabila kita senyum. Selain dari itu, orang yang memiliki kulit kering juga akan merasai perbezaan pada wajah mereka terutama sekali jika mereka bekerja di dalam bilik air-cond. keadaan ini akan mengakibatkn ketidakselesaan pada wajah. Penyelesaian bagi masalah kulit kering adalah, rajin2 pakai Hydrate ataupun pelembap. Pastikan anda mengunakan Pencuci wajah yang tidak akan membuang minyak di wajah...

Kulit Berminyak

Kulit berminyak adalah keadaan di mana pori-pori muka kelihatan besar, terdapat kilatan pada wajah. Ramai remaja yang masih tidak dapat mengenalpasti di antara peluh dan juga minyak pada wajah. Kulit yang berminyak dapat di kenal pasti saat kita bangun dari tidur di waktu pagi, kita nampak kilatan pada wajah.. yess!!!! itulah jenis kulit yang berminyak. Selalunye kawasan yang berminyak adalah kawasan hidung.. betul x u all semua?? tapi jangn lah bimbang jika kulit anda terlalu berminyak, pakailah pencuci muka dan juga pelembap yg dapat membantu mengawal kadar minyak pada wajah.

Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi atau lebih di kenali sebagai kulit gabungan ini adalah jenis kulit di mana terdapat bahagian-bahagian tertentu yang akan berminyak dan bahagian-bahagian tertentu yang kering. Kebiasaanya, ramai wanita memiliki kulit yang berminyak di bahagian T- Zone (Dahi & hidung) dan kemudiannya kering di bahagian U-Zone (Pipi & Dagu). Begitu juga yang sebaliknya. Jika ini yang berlaku pada anda, Baca & pilihlah produk yang sempurna untuk wajah anda dan pastikan anda membuat pilihan yang tepat.

Kulit Normal

Ramai wanita yang menganggap kulit mereka adalah jenis normal kerana tiada jerawat di wajah. tapi tahukah anda jerawat itu juga membawa kepada kebaikan jika kita kenali jenis2 jerawat... Post tentang jerawat akan di sebarkan nanti yer kawan2 :).. Kulit Normal ni adalah di mana liang-liang roma di wajah tidak begitu besar dan juga tidak begitu kecil. Malahan kadar minyak di wajah juga adalah mengikut keperluan yang di perlukn oleh kulit. Sebenarnya hanya segelintir dari kita sahaja yang memiliki kulit jenis ini kerana meraka pandai memilih produk mengikut kesesuaian kulit mereka. 

Psttttt.... Kulit yang berminyak akan lebih lambat menampakkan garis2 penuaan pada wajah berbanding dengan kulit kering. Sebab tu lah kita memerlukan minyak di wajah bagi mengekalkan kelembapan... Jadi, apakah langkah yang perlu anda ambil sekarang???
Jommmm belajar Sains sekejab....



merujuk kepada gambar di atas, Kita dapat lihat lapisan-lapisan kulit di mana yang wajib kita ketahui adalah Epidermis, Dermins dan Juga Lapsisan lemak. 

Apakah Fungsi Epidermis??

Epidermis merupakan laisan kulit yang paling luar atau lebih di kemali sebagai lapisan tanduk. Epidermis memberi perlindungan daripada bakteria, iritasi kimia, alergi dan juga lain2. Di samping itu, Epidermis juga bertindak sebagi perlindungan atau pengawal bagi dermis yang memiliki kolangen yang banyak agar tidak dapat di serap keluar dr kulit. Seterusnya, Epidermis juga berfungsi bagi menghasilkan kulit yg baru. Sebab itulah kita perlu menjaga Epidermis agar tidak terhakis dan menjaga lapisan-lapisan kulit yang lain. Kebanyakan produk di pasaran adlah produk yang menghakis lapisan Epidermis terutama sekali product Bleeching dan juga Peeling.  Jadi, sila pastikan product yg anda gunakan tersebut adalah produk yang baik utk kulit.

Akibat kehilangan Epidermis..

Apabila kita mengunakan produk yang menghakis lapisan Epidermis, semakin hari kulit kita akan menjadi nipis.. maka timbul masalah-masalah kulit seperti :
i) Kegatalan Kulit apabila terkena sinaran UV
ii) Jeragat akan mucul sedikit demi sedikit
iii) kulit akan menjadi sensitif

Apakah Fungsi Dermis??

Dermis adalah lapisan kulit yang berada di bawah Epidermis. Di Kawasan Dermis ini terdapat pembuluh darah, limfe, gelembung kelenjar lemak, kelenjar peluh, otot dan juga serabut saraf. Selain itu, di bahagian lapisan Dermis ini juga terdapat Kolagen atau elastin yang penting bagi mengawal kelembapan kulit. Jika lapisan Epidermis nipis atau terhakis, kolagen2 yang terdapat di bahagian Dermis akan di serap keluar di sebabkan faktor-faktor keadaan sekeliling. oleh sebab itu, lapisan Epidermis amatlah penting bagi mengawal kolagen yang terdapat pada Dermis.

Apakah Fungsi Lapisan Lemak??

Lapisan lemak yang terdapat di bawah kulit juga berupaya sebagai perlindungan suhu kepada tubuh badan kita. Jika keadaan sekeliling terlalu sejuk, lapisan lemak ini dapat membantu mengawal tahap kepanasan yang di perlukan oleh tubuh. Selain itu, ia juga bertindak dalam memberi tenaga kepada tubuh kita.

Sekian sahaja Post dari Mia buat tatapan & pengetahuan anda semua.

Sesungguhnya segala yang Baik itu datang dari Allah SWT & Buruk itu dtg dari diri Mia sendiri.

Semoga kita berjumpa lagi... In Shaa Allah :)

Terima Kasih Daun Keladi,

Semoga Esok Berjumpa Lagi!!!

Luv U olls









No comments:

Post a Comment

My 1st Pregnancy Experience- PART 1

Assalamualaikum and Good Morning!  Lamanya tak hupdate belog nisa kan? Ada yang rindu ke tu? Hehehe 😁😁 Hehehe..  macam tajuk di atas, nisa...