Wuhuuuuuu... duduk dekat
J. Residence memang korang akan terbuai2 je dek mimpi jer sebab sejuk sangat2. Di tambah dengan Kabus tebal ya amat!
Kitaorang bangun2 tengok jam dah pukul 9lebih! Check out pukul 11.
Apa lagiiiii... bersiap mandi dengan cuaca yang sejuk, sambil kemas2 and perut pun dah LAPAR 😢
Hari ni kitaorg akan ke DESA Dairy Farm.
Tempat wajib korang pergi kalau sampai dekat kundasang. Pemandangan yang cantik, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu & susu segar/ Yogurt / cheese 😋.
Entrance RM 5/ Dewasa
Bila masuk tu belah kanan ada macam Taman mickey mouse and etc! Yang tu pun kena charge tambahan RM5 kalau korang nak bergambar.
Dari DESA tu, kitaorg hadap pemandangan yang cantik. Dari pukul11 pagi hingga 3 petang kitaorang tersadai kat situ. Sebab si kakak seronok sangat2 tengok lembu!
Ohhhh yaaa.. dari pukul 2pm-4pm, boleh tengok pemerahan susu lembu secara LIVE ya 🤗
Nextttt, destination kami ke HOBBIT HOUSE. Mengambil masa lebih kurang sejam gak dari Desa. So, masa kitaorang sampai tu dah nak tutup. Another 15minutes macam tu, sebab SABAH kan malam dia lebih awal. Masa kitaorang sampai tu pun dekat pukul 5 ke pukul 6 ntah. Tak ingat sangat 😅
Tengok dari Luar, kawasan dia memang cantik sangat2.
Entrance Fee:
RM 5/ dewasa
RM 3/ kanak2 atas 1tahun
Selain dari 2 tempat ni, dah alang2 korang pi kawasan Hobbit. Boleh jenggah dekat tegalalang. Tempat rendam kaki dengan ikan2 tu. Entrance situ RM 5/ dewasa and camera pun akan di kenakan bayaran. Ni harga time kami pergi 2016 dulu.
Lagi, korang boleh gak try Poring hot Poring. Dekat2 situ je. Sabah Tea pun sama & ladang Strawberry. Sabah Tea kitaorang pernah singgah dulu masa 2016. Ada rumah panjang untuk di kunjungi. View dia cantik, lain dari Cameron.
Sebenarnya, sepanjang perjalanan dari Kundasang ke RANAU, korang akan nampak pemandangan yang INDAH! Sebijik gunung ganang macam dalam Bendera SABAH. Memang puas hati and seronok lah.
Bersyukur sangat2 dapat tengok view macam tu.
Balik dari RANAU kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Ohhhh ya, sepanjang perjalanan ni ada macam2 gerai2/ pasar korang boleh berhenti and beli kudapan cumaaaaa korang kena hati2 sebab makanan kena cari yang HALAL. Ada gak kinzir yang di jual tepi jalan. Just, hati2 jela dalam membeli makanan 🤗
Dalam perjalanan tu, kami singgah gerai makan di Kundasangan. D38 tak silap! Ada jual SAYAP AYAM. Sayap AYAM korang wajib TRY! Sebab sedap. And kitaorang makan tomyam, nasi putih. Memang sedap and PUAS hati makan kat gerai tu.
Seterusnya kami teruskan perjalanan ke KK. Lampu jalan takde, jadi turun bukit tu memang gelap. Mengharapkan lampu kereta sahaja.
Setibanya di KK, kitaorang terus CHECK IN HOTEL BUNDUSAN. Ni book melalui agoda jugak. Hotel ni ok2 jela. Nothing special and nothing kurang. Just ngam2 dengan harga jela rasanya 😅
Dah settle check in, mandi and sebagainya. Kitaorang keluar nak jalan2 bandar KK. Jalan2 around 15-20min kowt nak sampai town.
Kitaorang lepak dekat foodcourt dia, tak ingat nama apa ntah 😅. Tapiiii memang ramai giler orang jual2 seafood. Siapa je lalu lalang memang penjual akan panggil. Sampai korang jadi pening nak pilih 😅😅
So, malam ni kitaorang makan udang butter kering. Sedap! Udang besar2 RM 10 jer. Pastu order nasi and air 😋😋
Tidur dalam kekenyangan. Alhamdulillah 🤗